28 December 2022

BILA SITI NURHALIZA BELI KEDIAMAN PERTAMA DI DUBAI - ASYRAF KHALID LUAH BANGGA: "TAK PERLULAH SEWA HOTEL"



"Tahniah Mak Iti (nama panggilan Siti Nurhaliza) kerana berjaya memiliki kediaman pertama di Dubai. Saya sangat gembira dan bangga melihat kejayaan Mak Iti. Kejayaan ini juga menjadi inspirasi buat saya dan Tya untuk lebih berjaya.


"Doakan satu hari nanti, saya boleh ikut jejak langkah Mak Iti. Saya doakan Allah akan murahkan rezeki lagi untuk ayah dan Mak Iti. Mak Iti memang layak untuk menerima semua ini atas segala usaha dan penat lelah yang dilakukan selama ini.

"Harapnya lepas ni kalau ke Dubai, dah tak perlulah sewa hotel," itulah tulis usahawan Asyraf Khalid yang berkongsi berita gembira dimana dia memaklumkan ibu tirinya iaitu penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza kini sudah memiliki kediaman pertama di Dubai.

Berkongsi perkara itu menerusi muat naik di InstaStory pada Rabu, Asyraf atau nama penuhnya Muhammad Asyraf Khalid, 30, berkata kejayaan yang dimiliki oleh Siti, 43, itu menjadi inspirasi dan pemangkin semangat buat dia dan isteri, Tya Ariffin bekerja lebih keras.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Asyraf turut berdoa semoga dimurahkan rezeki dan dapat mencapai kejayaan sama seperti ibu tirinya itu. Malah, Asyraf juga mengakui kagum dengan apa yang dimiliki penyanyi lagu 'Purnama Merindu' itu selepas segala usaha dan pengorbanan sebagai anak seni dan usahawan.

Dalam hantaran itu juga, anak kepada Datuk K atau nama sebenarnya Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa ini sempat berseloroh tidak lagi perlu menyewa hotel kerana sudah boleh menumpang di rumah ibu tirinya itu.

Sebelum itu, Siti menerusi InstaStory berkongsi video dimana dia mendedahkan rumahnya yang baru dibeli di Dubai. Kediaman jenis kondominium itu dipercayai terletak di The Address, Dubai Mall.

Menerusi status itu, Siti meluahkan rasa syukur dan berkongsi ruang kediaman dan pemandangan yang dikelilingi dengan bangunan pencakar langit: "Alhamdulillah, home sweet home," tulisnya.














________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: