28 December 2022

ISTERI DA'I SYED, HANA ISMAIL TAMPIL TUDUNG SINGKAT - PEMINAT LUAH KECEWA



Pendakwah selebriti Da'i Syed dan isteri tercinta, Hana Ismail yang sudah tiga minggu mendirikan rumah tangga itu dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial.


Sering berkongsikan video bahagia, memang ramai peminat yang 'single' cemburu dan makan hati. Malah, ramai yang suka melihat video dikongsikan pasangan itu.

Namun, baru-baru ini perkongsian isteri pendakwah tersebut iaitu Hana Ismail menjadi perhatian apabila memuat naik beberapa keping gambarnya serta bersama suaminya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada gambar yang dikongsikan, ia memaparkan Hana mengenakan jubah berwarna putih hitam itu menimbulkan rasa kurang senang peminat yang kurang senang dengan fesyen tudung pengacara itu.

Malah, ada yang meluahkan rasa kecewa serta mendakwa tudung Hana dikatakan terlalu singkat berbanding dengan penampilannya sebelum ini yang bertudung labuh menutupi dada. Selain itu, ada yang mengatakan tiada masalah tudung singkat asalkan tidak nampak bentuk tidak sepatutnya.

Untuk makluman, Hana Ismail mendirikan rumah tangga bersama Dai Syed pada 3 Disember lalu di Masjid Ibnu Mas’ud Jalan Damai, Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur.







________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: