27 December 2022

RASA ADA 'BENDA' MENGGANGGU, SELEPAS SERING JATUH SAKIT - SHILA AMZAH KINI DALAM PROSES UNTUK SEMBUH



"Saya mengambil langkah berjaga-jaga. Sejak dua menjak ini, saya sering jatuh sakit juga sebenarnya. Selepas habis Gegar Vaganza (GV), selalu sakit. Sungguhpun begitu, saya cuba untuk tidak selalu keluar rumah atau berjumpa dengan orang sangat.


"Kalau keluar pun, atas urusan kerja atau bersukan bersama orang-orang yang saya percaya. Sekarang ini, saya sedang dalam proses untuk mendapatkan balik kesembuhan itu. Insya-Allah," ujar penyanyi Shila Amzah yang memberitahu dia sering jatuh sakit selepas berakhirnya program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Mengulas dakwaan dirinya terkena buatan orang, Shila berkata, dia jarang keluar rumah untuk mengelak daripada terkena perkara yang bukan-bukan. Bagaimanapun, Shila menjelaskan, dia kini dalam proses untuk sembuh.

Menurut Shila lagi, kesakitan dialaminya tidak menunjukkan perubahan selepas berjumpa doktor dan mengambil ikhtiar untuk mendapatkan rawatan moden serta tradisional.

"Benda tersebut (sihir) memang disebut dalam al-Quran dan 'hidup' di sekeliling kita. Jadi, untuk saya bukanlah satu benda yang luar biasa sangat. Cuma, saya sendiri tidak pernah mengalaminya sebelum ini.

Klik untuk gambar besar



"Bila 'terkena', sudah tentu kita kena kuat semangat. Kena kumpul balik kekuatan untuk bekerja sebab benda begini macam gangguan contohnya membuatkan kita malas, 'spacing' dan kadang-kadang saya termenung entah kenapa.

"Nak cakap sesuatu tiba-tiba terlupa. Ada masa saya tak nak keluar rumah dan lebih suka menyendiri. Itu semua memang bukan saya," tuturnya.

Mengenai kesihatan mental yang dialami, Shila memaklumkan, kemurungannya itu semakin pulih dan dia tidak mahu bergantung dengan ubat-ubatan sebaliknya mahu pulih secara semula jadi.

"Macam sekarang, saya selalu buat senaman pernafasan. Anxiety selalunya berlaku pada waktu malam. Antara dua sama ada terlalu tiada orang ataupun terlalu ramai orang. Masalah tersebut akan datang dalam keadaan yang tidak dijangka.

"Sekarang memang mengalami banyak masalah untuk tidur malam terutama selepas saya sakit waktu GV. Jadi sekarang, saya cuba nak kembali pada landasan walaupun kadang-kadang badan sakit tak tentu masa," jelasnya yang dipetik sebagai berkata kepada Kosmo.


________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: