29 December 2022

"MAKAN PUN DAH BANYAK KENA PANTANG" - MAK JAH MASIH DIRAWAT DI HOSPITAL, BACAAN DIABETES BELUM STABIL



"Doktor tengah pantau tentang kencing manis yang degil ini. Makan pun dah banyak kena pantang. Gula-gula dan nasi langsung tak boleh sentuh. Saya hanya dibenarkan makan biskut tawar dan air yang tawar serta susu diabetes.


"Saya sekarang banyak berehat sehingga keadaan saya betul-betul pulih," kata pelakon Maimunah Ahmad, 74, atau lebih dikenali sebagai Mak Jah yaang memaklumkan dirinya masih menjalani rawatan di Hospital Ampang kerana bacaan diabetes yang tidak stabil.

Menurut Mak Jah, dia sepatutnya dibenarkan keluar semalam tetapi doktor mahu melihat perkembangan kesihatannya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan lanjut.

Sebelum ini, Mak Jah dibawa ke hospital pada Khamis lalu oleh anaknya selepas mendapati dia kelihatan tidak bermaya. Dia disahkan mengalami paras diabetes tinggi dan perlu dirawat buat sementara waktu.

Selasa lalu, dia dikunjungi oleh Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM) yang diwakili oleh Presidennya Tukiman Radion, Amran Nasarudin (Timbalan Presiden PKAVM), Norlidyawati Shabullah (AJK) dan Chef Yang Jamil (Setiausaha). Mereka hadir menyampaikan sumbangan serta memberikan sokongan moral terhadapnya.

Pada 2014, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur selepas menghidap kanser rahim tahap satu sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu, April 2019.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: