29 December 2022

WATIE SETUJU BAYAR RM2,000 SEBULAN KEPADA HANA, JANJI TAK LARI LAGI - HUKUMAN PENJARA JIKA CULAS BAYAR HUTANG



Sebagai ansuran melangsaikan tuntutan saman berjumlah RM796,000 kepada Hana Adnan, penyanyi dan pelakon Watie Sadali telah diperintah membayar sebanyak RM2,000 setiap bulan.


Dua bekas anggota kumpulan Elite itu hari ini setuju untuk menyelesaikan secara baik pertikaian saman penghutang penghakiman membabitkan kedua-dua belah pihak yang sudah berlarutan sejak lapan tahun lalu.

Keputusan tersebut dicapai dalam prosiding yang berlangsung di hadapan Hakim Nor Rajiah Mat Zin di Mahkamah Sesyen Selayang, Selangor pada pagi Khamis.

"Kes pagi ini (Khamis) adalah bagi merekodkan penyelesaian kedua-dua belah pihak dan mereka bersetuju dengan terma yang disebut mahkamah. Watie dikehendaki membayar sejumlah RM2,000 setiap bulan bermula 5 Januari tahun hadapan sehingga selesai jumlah tuntutan yang dibuat Hana," ujarnya yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.

Klik untuk gambar besar



Kata peguam kepada Hana iaitu Mohd Fikri Abd Rahman, Watie atau nama sebenarnya Norwati Sadali, 46, sebelum ini pernah membuat rayuan untuk mengurangkan kos bayaran bulanan daripada RM2,500 kepada RM2,000 seperti yang diperintahkan pada tahun 2017 dan mahkamah membenarkan.

Bagaimanapun keputusan mahkamah kali ini secara tidak langsung mensyaratkan isteri kepada Joey Daud itu untuk komited melangsaikan tuntutan dan boleh dikenakan tindakan jika gagal berbuat demikian.

"Sebelum ini Watie cuba mengelak membayar hutang tersebut. Kali ini sudah setuju beri komitmen dan tidak boleh lari. Kalau gagal bayar dan ulang perbuatan lama, kami boleh ambil tindakan penghinaan perintah mahkamah. Jika ia berlaku, salah satu hukuman yang boleh dikenakan adalah penjara terhadap Watie," jelasnya.



Untuk makluman, pada 10 Mac 2015, Hana atau nama sebenarnya Norhanasafiza Mat Adnan, 44, menang saman terhadap Watie berhubung kegagalan pelakon itu menyelesaikan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya untuk membeli kenderaan jenis Toyota Wish.

Hana mendakwa dirinya membuat pinjaman bank kenderaan itu sekitar September 2005 bagi pihak Watie sebanyak RM150,000 kerana pelakon terbabit tidak layak membuat pinjaman.

Namun, Watie gagal mematuhi syarat ditetapkan seperti membayar ansuran bulanan, cukai jalan, insurans dan perkara berkaitan sejak September 2010 sehingga menyebabkan Hana diisytiharkan muflis.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: