29 December 2022

"TERGAMAK BETUL MENCURI" - KAKAK ALIFF SYUKRI MOHON KESAN PEMBANTU RUMAH IBU MENTUANYA, BAWA LARI BARANG KEMAS RM300,000



Menerusi muat naik terbaru di laman Instagram, kakak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Noor Hayati Kamarzaman telah meminta para pengikutnya untuk menjejaki pembantu rumah ibu mentuanya yang telah melarikan diri selepas mencuri barang kemas, baru-baru ini.


Dalam hantaran tersebut yang turut disertakan foto wanita berkenaan, Noor Hayati juga menawarkan ganjaran kepada sesiapa yang berjaya mengesan pembantu rumah berkenaan yang dikenali sebagai Citra.

"Sesiapa yang ada terjumpa suspek di gambar, bernama Citra. Sila hubungi saya. Ganjaran akan diberikan. Suspek merompak dan melarikan barang kemas. Suspek ialah pembantu rumah ibu mentua saya," tulisnya.

Sementara itu, ibu kepada Aliff Syukri iaitu Rozita Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Bonda Rozita menerusi Instagram memberitahu, suspek telah membawa lari barang kemas hampir RM300,000 dari rumah besannya itu.

Klik untuk gambar besar



"Pembantu rumah yang jadi perompak terhormat. Disayangi ini balasannya, melarikan hampir RM300,000 ribu barang kemas besan saya. Bonda mohon bantuan pada semua pengikut untuk sebar-sebarkan," katanya.

Tambah Rozita, pembantu rumah tersebut telah berkerja selama tiga tahun bersama besannya, malah anaknya juga melayani suspek dengan baik.

"Yati sangat baik menjaga pembantu rumah, tiga tahun berkerja menjaga mak mentua Yati. Tergamak betul mencuri. Sahabat followers jika nampak atau dapat info, bantu kami ya selain pihak polis menjejakinya," ujarnya lagi.

Pun begitu, Bonda menjelaskan bahawa tidak semua pembantu rumah warga Indonesia itu berperangai sedemikian malah semuanya bergantung kepada diri individu tersebut.

"Mohon maaf ya, tak semua pembantu rumah jahat. Jangan burukan bangsa Indonesia, salah di sisi Islam. Yang jahat ini ikut orang juga, tak semua begitu ada ramai lagi yang baik. Yang berdosa dia, kita jangan tambah dosa kepada orang lain yang tidak berdosa," tuturnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna laman sosial berharap agar pembantu rumah berkenaan segera ditahan. Malah, ada juga yang memaklumkan pernah melihat suspek di sekitar Putrajaya beberapa hari lalu.

"Tiga hari lepas dia dekat Putrajaya, bangsa dia orang ini tidak boleh buat baik sangat." - "RM300,000 bukannya sikit harap dapat suspek cepat tertangkap. Dah banyak kali kes macam ini berlaku. Dia orang ini, dah bagi layanan baik... gaji sedap pun masih lagi nak mencuri," antara komen-komen pengguna laman sosial.


________ IKLAN ________

PAYDAY SALE 25 DISEMBER KEMBALI LAGI, JOM INTAI & BOOKING - - Dapatkan barangan mahal seperti telefon Vivo (RM889), Vacuum (RM999), Air Fryer (RM399) & banyak lagi dengan harga RM25 je. Malah banyak lagi potongan diskaun KAW KAW dalam jualan Payday Shopee 25 Disember ini.

Untuk info, Min masa Payday sale 25/11 dapat bantal besar & padu (RM189) dengan harga RM25 je. Sib baik Min booking awal & klik pantas sebaik jam 12 malam.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: