08 December 2022

"SENANG-SENANG JE DIA AMBIL DUIT... RM87 TU BANYAK" - PEKERJA KIOSK MINUMAN TOMOK DIPERDAYA, WAJAH PENIPU DIRAKAM CCTV



"Bukan nak aibkan sesiapa.. tapi saya taknak perkara ini jadi kat orang lain.. kena hati hati. Semalam staff saya macam kena scam kat kedai kami di chatime setia city mall.. orang tu datang, dia order air, lepas tu dia mintak terus duit baki, padahal dia tak bagi lagi duit untuk dia beli air.


"Kalau korang boleh tengok kat video ni.. dia macam paksa untuk dapatkan duit baki dengan cepat.. so staff saya bagi la duit baki yg dia mintak dalam RM 87 ringgit. Lepas tu dia datang lagi nak tukar duit pulak, dari duit yg dia ambik tadi.

"Lepas tu dia terus hilang, tak tau ke mana.. macam kena pukau pun yer jugak.. saya baru je nak meniaga.. senang-senang je dia datang ambik duit.. RM 87 ringgit tu banyak, itu baru satu kedai.. kalau 10 kedai dia pegi.. hati hati tau guys.

Klik untuk gambar besar



"Report polis kami dah buat.. semoga malaun ni kena tangkap.. kurang ajar betul," demikian tulis penyanyi Tomok menerusi laman Instagram miliknya dimana dia pekerja kiosk minuman miliknya di Setia City Mall baru-baru ini kena tipu apabila seorang lelaki memperdaya mereka dengan meminta wang baki meskipun belum membuat pembayaran.

Tomok menerusi hantaran itu turut memuat naik rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang di pasang di kiosk berkenaan. Melihat pada video tersebut, memperlihatkan lelaki memakai baju berwarna hitam itu menghampiri kaunter pembelian dan berbual-bual dengan pekerja wanita.



Kemudiannya, wanita yang menjaga kaunter pembayaran itu telah memberikan wang seperti mana diminta lelaki tersebut.

Sementara itu, Tomok berkata, selepas lelaki terbabit mengambil wang baki daripada pekerjanya, secara tiba-tiba dia muncul kembali dan minta untuk menukar wang sebelum menghilangkan diri.

Tomok dalam masa sama juga memaklumkan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut dan berharap kejadian serupa tidak berlaku kepada orang lain.





________ IKLAN ________

🔥JUALAN 12.12 HARI JADI SHOPEE. 🤩 JOM BOOKING🔥 Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan Hari Jadi Shopee yang bermula 12 malam 12 Disember ini. Memang banyak tawaran disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.

Anda boleh booking dulu barangan mahal yang dijual dengan harga murah. 👍 Hanya RM12 sahaja. Barangan tersebut adalah terhad, sapa cepat dia dapat.

Untuk info, pelanggan baru juga akan mendapat voucher  pembelian barangan pertama dengan diskaun besar 🔥. Kalau kena harga, anda mungkin boleh dapat barangan itu secara percuma. 😍








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: