09 December 2022

"UMI MAHU AL-QURAN, BARANG KEMAS SATU SET... CAKAP ANAK DIA INI TAK TERNILAI" - REEN RAHIM NIKAH MR H HUJUNG TAHUN, DAPAT TAJAAN RM15 JUTA



"Ya, saya bakal menamatkan zaman bujang, bulan ini. Lelaki pilihan hati seorang ahli perniagaan dan penggiat seni. Kami sudah berkawan hampir dua tahun, dia juga enam tahun lebih muda daripada saya. Mulanya, kami tidak berhasrat berkahwin kerana tidak mahu terikat dengan komitmen. Namun, pada masa sama, kami saling menyukai antara satu sama lain.


"Mungkin berkat doa keluarga akhirnya kami terbuka hati mahu menghalalkan hubungan dan berjanji saling menjaga hingga ke akhir hayat," ujar pelakon Reen Rahim yang mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan hati dikenali sebagai Mr H pada hujung bulan ini, dalam satu majlis yang akan diadakan di Putrajaya.

Ditanya mengenai bakal suaminya, Reen bagaimanapun berkata, dia belum bersedia identiti Mr H dan juga tarikh perkahwinan kerana mahu menjaga privasi serta mengelakkan penyakit ain.

Berkongsi lanjut mengenai hari bahagianya, Reen meluahkan rasa syukur mendapat penajaan sebanyak RM15 juta dalam pelbagai bentuk untuk ketiga-tiga majlis perkahwinanya nanti.

Klik untuk gambar besar



"Kalau ikutkan, saya nak buat satu majlis sahaja, tetapi ada pihak yang sudi menaja, jadi kami memutuskan menganjurkan tiga majlis iaitu malam berinai, akad nikah dan resepsi.

"Semua majlis ini akan diuruskan rakan terdekat kerana mereka tidak mahu menyusahkan saya. Mereka hanya mahu saya gembira pada majlis bersejarah itu nanti," jelasnya.

Dalam masa sama, Reen turut berkongsikan dia sudah pun mengikat tali pertunangan dengan jejaka berusia 28 tahun itu pada Ogos lalu namun merahsiakannya atas permintaan keluarga.

Sementara itu, Reen atau nama sebenarnya Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, turut berkongsi hantaran yang akan diterima daripada bakal suami dimana ibunya hanya meminta bakal menantunya itu memberikan senaskah Al-Quran dan juga barang kemas.



"Saya tidak pasti boleh kongsi atau tidak tapi ketika bertunang, umi saya ada cakap anak dia ini tak ternilai dan umi hanya mahu bakal suami menghadiahkan senaskah Al-Quran yang telah dikhatamkan. Selain Al-Quran, umi juga minta barang kemas serba satu, kiranya satu set untuk saya.

"Saya suka dengan pemintaan umi, sebab saya tak boleh minta dia jadi suami baik... yang boleh jaga dan tidak aniaya saya. Saya tidak boleh minta itu dengan bakal suami.

"Apa yang saya boleh buat adalah meminta pada Allah SWT, jadi dengan Al-Quran saya yakin ia dapat memberi laluan kepada apa yang saya inginkan," tuturnya.

Tambah Reen lagi, bakal suaminya yang berusia 28 tahun itu kini dalam proses menghabiskan bacaan Al-Quran: "Dia terima pemintaan ibu saya. Kalau di set penggambaran, selalu nampak dia baca al-Quran dan meminta pandangan orang lain mengenai bacaannya," katanya.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: