09 December 2022

TABUNG KECEMASAN BERJAYA KUMPUL RM43,987.50 - SUMBANGAN SUDAH DISERAHKAN KEPADA KELUARGA NAD ZAINAL



"Mewakili ibu bapa kepada Nad Zainal kami mengucapkan berbanyak terima kasih atas sumbangan daripada rakan-rakan yang berada dalam bidang industri yang menghulurkan sumbangan ketika sahabat sedang memerlukan.


"Ini termasuklah rakan-rakan artis, sahabat dan guru Aswara, produser TV, rakan-rakan media, industri fesyen, tata rias dan peminat Nad Zainal. Terima kasih atas semua titipan doa dan sumbangan yang diberikan kepada sahabat kita.

"Semoga usaha kita ini dipermudahkan dan sahabat kita kembali sihat," itulah tutur pelakon Sharifah Sakinah menerusi laman Instagra miliknya dimana dia memberitahu Tabung Kecemasan Nad Zainal berjaya meraih sumbangan sebanyak RM43,987.50 sejak ia dilancarkan pada 29 November lalu.

Klik untuk gambar besar



Dalam hantaran itu, Sakinah turut berkata sumbangan tersebut sudah pun diserahkan kepada ibu bapa Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin bagi urusan pembayaran hospital. Sehubungan dengan itu, Sakinah memaklumkan, kutipan sumbangan menerusi akaun Thespian Legacy dihentikan buat masa ini.

Untuk makluman, Nad dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar KPJ Ampang Puteri, Selangor akibat jangkitan kuman dan pendarahan dalam paru-paru.

Sebelum ini, keadaan pelakon itu dilaporkan menunjukkan perkembangan positif namun kembali direhatkan ekoran paru-parunya belum cukup kuat untuk bernafas sendiri.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: