06 December 2022

SUDAH DIRISIK & TERIMA PINANGAN RUPANYA PEMENTASAN MUZIKAL, BUKAN NAK KAHWIN - OGY AHMAD DAUD AMIN DOA PEMINAT



"Ramai orang ingat saya nak nikah. Saya tak cakap pun nak nikah... apa yang saya maksudkan adalah tentang konsert ini yang akan diadakan tahun depan.


"Tapi kalau ramai yang doa, saya aminkan sahaja," itulah jelas pelakon Fauziah Ahmad Daud, 60, yang menolak dakwaan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua seperti mana yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu di media sosial.

Dakwaan bakal mendirikan rumah tangga buat kali kedua itu tercetus selepas Fauziah atau mesra disapa sebagai Ogy memuat naik posting dimana dia dirisik dan sudah menerima pinangan menerusi laman sosial miliknya.

Posting tersebut menimbulkan tanda tanya dalam kalangan peminat apabila dia memberi gambaran seolah sudah bertemu pengganti hati. Meskipun tidak memberi sebarang pendedahan lanjut, ramai dalam kalangan peminat sudah menjangka bahawa pelakon ini bakal terlibat dalam sebuah projek besar tidak lama lagi.

Klik untuk gambar besar



Kata Ogy, lamaran yang dimaksudkan merupakan tawaran kerja daripada sebuah produksi. Ogy membuat penjelasan itu ketika sidang media Pementasan Muzikal Wajah Rahsia Hati yang berlangsung di Hotel Royale Chulan, Damansara pada Isnin.

Dalam pada itu, Ogy berkata, dia mengambil masa selama lima tahun untuk memberi persetujuan terlibat dalam pementasan tersebut kerana sedar tanggungjawab diberikan bukan mudah.

Malah kata pelakon filem 'Ali Setan' ini, dia juga banyak kali melakukan solat istikharah bagi mendapatkan petunjuk sebelum membuat keputusan.

"Saya mula dirisik pada tahun 2017 dan banyak kali buat solat istikharah. Mungkin ketika itu belum berani dan tiada keyakinan diri sebab tanggungjawab yang diberikan bukan satu kerja mudah.



"Apa yang ingin dipaparkan bukan seperti konsert biasa. Bagaimanapun saya tak anggap ia sebagai satu beban," ujar pelakon filem 'Azura' itu.

Pementasan teater itu bakal diadakan di Gateway Thetre, Singapura pada 11 Februari 2023. Persembahan berbentuk monolog tersebut mendapat sentuhan penulis skrip, Slen Fadzil dan Zurina Waji serta bakal diarahkan pelakon dan pengarah teater, Kamaruzaman Taib atau lebih dikenali sebagai Che Kem.

Tambah Ogy cabaran yang diberikan untuk sebuah pementasan berbentuk monolog ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dijayakan.

"Berkat kesabaran pihak penganjur, akhirnya saya memberi kata setuju. Persembahan monolog ini bukanlah mudah tapi saya suka sebab ia boleh meransang minda sendiri," jelasnya.




________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: