"Dengan penuh dukacita, ibu kesayangan saya sudah pun meninggal dunia dengan tenang pada jam 6.20 pagi sewaktu dalam tidur.
"Semoga roh ibu dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa beliau serta ditempatkan bersama-sama orang yang beriman nanti.
"Terima kasih tidak terhingga kepada semua ucapan serta doa untuk Allahyarham ibu saya. Alhamdulilah."
Demikianlah tulis cef selebriti terkenal, Chef Wan menerusi laman Instagram miliknya dimana dia berkongsi berita duka bahawa ibu tercinta, Noraini Abdullah atau Cik Ani yang meninggal dunia kira-kira pukul 6.20 pagi, Khamis.
Klik untuk gambar besar
Allahyarham berusia 93 tahun itu menghembuskan nafas terakhir selepas 10 hari dimasukkan ke Hospital Gleneagles, Ampang, Kuala Lumpur akibat kanser dan beberapa komplikasi penyakit.
Menerusi hantaran lain di Instagram sebelum ini, Chef Wan atau nama sebenarnya Datuk Redzuan Ismail, 64, memberitahu mahu membawa ibunya pulang ke rumah selepas menerima nasihat daripada doktor.
Namun, kata Chef Wan, dia tidak yakin dapat menjaga ibunya dengan baik kerana bimbang rawatan yang diberikan di rumah tidak sebaik di hospital.
"Doktor memberitahu saya dengan membawa ibu pulang ke rumah, dia boleh mendapatkan penjagaan yang lebih berkualiti dengan keselesaan di rumah saya.
"Tapi kan, jauh di dalam sudut hati saya masih bimbang untuk membawanya pulang dan kami tidak boleh memberikannya penjagaan paliatif dengan baik," ujarnya.
Difahamkan, jenazah Allahyarham ibu Chef Wan akan disolatkan di Masjid Putra, Putrajaya dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Cyber 10, Cyberjaya
Selain menderita kanser, Cik Ani juga berdepan beberapa penyakit lain seperti alzheimer dan dimentia.
________ IKLAN ________
JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment