12 January 2023

AKIBAT JANGKITAN KUMAN DI PARU-PARU, BAPA MENTUA KINI DIRAWAT DI ICU - ERNIE ZAKRI MOHON DOA



"Saya sangat sedih dan saya minta doa baik anda semua untuk mendoakan bapa mentua saya yang kini berada di ICU. Suami saya bergelut sama ada nak tengok ayah atau isterinya, tapi tetap datang ke sini untuk menyokong saya. Terima kasih," kata penyanyi Ernie Zakri.


Isteri kepada penyanyi Syamel itu berkata demikian ketika persembahan This Is Ernie Zakri Showcase, di sini, malam tadi.

Ernie memohon orang ramai terutama peminat yang hadir ke konsert terbabit untuk mendoakan bapa mentuanya, Mohd Fodzly yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) berikutan jangkitan kuman di paru-paru.

Dalam nada sebak, Ernie mengucapkan terima kasih kepada suaminya kerana sudi meluangkan masa untuk hadir ke acara persembahan solonya itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam masa sama, Ernie juga meminta semua peminatnya supaya menghargai orang di sekeliling dan luahkan rasa sayang itu kepada mereka.

"Jadi, kepada yang ada pasangan atau siapa pun yang kita sayang, tak kira keluarga atau kawan-kawan, walau rasa malu nak luah betapa kita sayang mereka, luahkan. Sekarang kita tak tahu sebab bila-bila masa saja kita takkan jumpa orang yang kita sayang.

"Minggu lalu, saya kehilangan dua insan yang saya sayang. Jadi telefon orang kita sayang dan luahkan. Kalau tak luah, kita tak tahu," ujarnya.



Sebelum ini, Syamel menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik hantaran dimana dia berkongsi keadaan terkini bapanya.

"Minta jasa baik semua untuk mendoakan kesembuhan ayah kesayangan saya yang kini berada di ICU kerana jangkitan kuman pada paru-paru. Tiga hari sudah berlalu, Alhamdulillah keadaan ayah semakin baik. Sama-sama kita doakan," tuturnya.

Acara yang berlangsung di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC) itu menyaksikan Ernie menyampaikan lagu-lagu popularnya dan turut dihadiri rakan-rakan seperjuangan antaranya Wany Hasrita, Nabila Razali, Amira Othman dan ramai lagi.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: