12 January 2023

"SEKADAR UCAPAN APABILA ORANG TELAH SELAMAT BERKAHWIN... ORANG TENGAH BAHAGIA, KITA RAIKAN DIA" - SHUIB



"Memang terkejut kerana ramai yang kecam dan anggap saya menyokong isu poligami. Ia hanyalah sekadar ucapan apabila orang telah selamat berkahwin. Sehinggakan nama saya menjadi bualan di Twitter dan ada yang boikot saya. Saya pun tak faham kenapa ia jadi begitu besar.


"Janganlah sampai begitu sekali. Orang tengah bahagia, kita raikan dia sebagai pasangan yang baru kahwin. Apabila ada yang nak boikot, mula juga rasa bimbang. Saya ini ada perniagaan dan mempunyai ramai pekerja. Takut beri kesan kepada produk sendiri.

"Bagaimanapun saya faham isu di media sosial ini tidak akan lama. Mungkin hanya seminggu dua sahaja. Nanti lama-lama orang akan lupa. Saya secara peribadi tiada masalah dengan isu poligami.

Klik untuk gambar besar



"Itu bukan satu kesalahan dalam agama," ujar pelawak yang juga penyampai radio Suria FM iaitu Shuib Sepahtu yang mengakui sedikit terkesan dengan kecaman dan kata-kata negatif netizen, gara-gara meninggalkan ucapan tahniah kepada Syamsul Yusof selepas pengarah dan pelakon mengumumkan sudah berkahwin dua dengan Ira Kazar.

Ketika kemelut rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, pelakon Puteri Sarah Liyana heboh diperkatakan netizen, nama Shuib turut terkena tempias dek komen memberi ucapan tahniah.



________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: