12 January 2023

ISU KONFLIK DENGAN INTAN SALEH - IZREEN AZMINDA SERAH KEPADA PEGUAM



"Peguam nasihatkan saya 'tutup mulut'. Peguam akan uruskan semuanya. Saya tak mahu komen, cuma boleh cakap sudah serahkan semuanya pada peguam," kata pelakon Izreen Azminda yang memaklumkan dia telah menyerahkan semuanya kepada peguam kerana enggan memanjangkan kemelut dengan bekas madunya, Intan Liana Saleh.


Izreen menerusi Instagram (IG) Story telah memuat naik luahan sebagai kenyataan balas terhadap luahan dibuat Intan. Menerusi luahan itu, Izreen atau nama sebenarnya, Izreen Azminda Aznam, 39, meluahkan hasrat bertemu dengan bekas madunya itu untuk menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.

"Dari dulu sampai sekarang tak berubah, selesai belakang tak nak, syok sangat muat naik dalam IG. Saya ini seboleh-boleh tak nak muat naik 'benda sampah' dalam IG, tetapi disebabkan perangai kau (Intan) yang selesai depan-depan tak nak, suka muat naik dalam media sosial, terpaksa saya buat cara sama.

Klik untuk gambar besar



"Mari kita berjumpa jika betul sangat diri itu. Jom jumpa Intan Salleh, ini saya ajak terus depan-depan, bawa suami sekali, kita minum kopi. Berani kerana benar," tuturnya.

Kemelut itu dipercayai berlaku sejak perkahwinan kontroversi Izreen dan Ude Wahid yang juga pemuzik pada 8 Ogos 2017. Sebelum itu, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013 dan bercerai pada 22 Mac 2018.

Perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5, manakala perkahwinan bersama Izreen turut dikurniakan dua anak, Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2.






________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: