12 January 2023

PUTERI SARAH: "KOMUNIKASI MENERUSI PEMBANTU RUMAH, IBU MENTUA & ADIK-ADIK KAMI? MUNGKIN ITU CARA BARU KETIKA INI"



"Itu tidak perlu diungkit kerana sebagai suami dan ayah kepada anak-anak kami, itu adalah tanggungjawabnya. Malah, dia juga masih perlu memberikan nafkah


Demikian ulas pelakon Puteri Sarah berhubung kenyataan suaminya, Syamsul Yusof menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram dimana dia menegaskan biarpun dia menyekat isteri pertamanya namun tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan.

"Komunikasi menerusi pembantu rumah, ibu mentua dan adik-adik kami? Mungkin itu cara baru untuk berhubung pada ketika ini.

Klik untuk gambar besar



"Jika ada sebarang komunikasi itu antara ibu saya dan juga dia. Seperti yang dia (Syamsul) tegaskan itu, komunikasi kami adalah melalui ibu saya dan juga dia.

"Dia juga sudah berhenti menyekat saya di Whatsapp selepas video yang dimuat naik olehnya. Namun, jika ada komunikasi selepas ini, mungkin melalui peguam," kata Puteri Sarah lagi.

Dalam pada itu, Puteri Sarah masih berpegang teguh dengan pendiriannya untuk memfailkan perceraian selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Walaupun Syamsul menyatakan hasrat untuk berdamai dengannya, namun Puteri Sarah menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.

Sebelum ini, menerusi Harian Metro, Syamsul berkata, dia kini sedang berusaha memperbaiki hubungannya dengan Puteri Sarah. Syamsul juga memohon masa dan ruang untuk mendamaikan masalah yang berlaku dengan isteri pertama serta ahli keluarganya yang turut menentang.

Untuk makluman, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: