"Kasih pitam di tempat parking kereta PPUM. Nasib baik orang lalu lalang kenal saya. Kalau tak mesti diorang syak saya cuba culik awak papah masuk kereta," itulah kata pelakon Azhar Sulaiman yang sempat berseloroh menerusi video di TikTok miliknya.
Dalm hantaran tersebut, Azhar berkongsi detik cemas ketika anak sulungnya, Kasih Leia Ixora jatuh pengsan setelah menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Azhar turut meluahkan rasa risau dan bimbang mengenangkan keadaan anaknya yang menghidapi penyakit hipertiroid.
Dalam pada itu, anak perempuan Azhar itu juga dilihat sempat merakam video ketika berada di wad prosedur khas sambil menunjukkan bahagian lehernya yang menerima rawatan.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, penampilan Kasih menjadi bualan netizen gara-gara tubuhnya yang begitu kurus dan cengkung.
Sekadar info, penyakit hipertiroid berpunca daripada penghasilan hormon tiroid yang berlebihan sehingga mengganggu metabolisme badan.
Antara kesan sampingan pesakit adalah seperti penurunan berat badan yang mendadak, keguguran rambut, degupan jantung tidak teratur, pening serta muntah.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment