25 January 2023

AYDA JEBAT MOHON MAAF ADIKNYA, FYNA ENGGAN ULAS ISU PERTELINGKAHAN: "ATAS NASIHAT POLIS, BIAR PIHAK BERTANGGUNJAWAB JALANKAN TUGAS"



"Saya mohon maaf, adik saya enggan beri sebarang ulasan kerana banyak hati yang harus dijaga. Atas nasihat polis, biar pihak bertanggungjawab menjalankan tugas.


"Saya berterima kasih kepada semua yang prihatin. Saya mohon orang faham situasi yang sedang berlaku serta menghormati Fyna dan semua pihak. Buat masa sekarang, fokus kami hanya dalam program Famili Duo.

"Saya mohon doa peminat agar semua urusan dipermudahkan," demikianlah kata penyanyi Ayda Jebat yang memaklumkan bahawa adiknya, Fyna Jebat tidak mahu memberi komen lanjut, susulan insiden pertelingkahan antaranya bersama madu, pada Isnin lalu.

Klik untuk gambar besar



Memetik Media Hiburan, Ayda berkata adinya yang enggan memberi ulasan serta siasatan lanjut itu kerana hal tersebut masih dijalankan oleh pihak berkuasa.

Dalam kejadian di sebuah restoran di Shah Alam, Fyna didakwa terlibat dalam pertelingkahan bersama madunya iaitu isteri pertama Datuk Zainal Abidin Hassan. Pihak polis yang mengesahkan kejadian itu memaklumkan kedua-dua pihak sudah tampil membuat laporan polis.

Dalam pada itu, Ayda turut memohon agar orang ramai memahami situasi sedang dialami adiknya itu serta meminta agar mendoakan agar perjalanan mereka di Famili Duo dipermudahkan.




________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: