25 January 2023

"KITA TUNJUK RASA SAYANG DENGAN CARA BEGITU... INI BUKAN SERANGAN PERIBADI" - MAS IDAYU AKUI TIADA SEKELUMIT BENCI DALAM HATI



"Tak kisahlah pelajar atau peserta, kita (juri) tunjuk rasa sayang dengan cara begitu. (Mereka) akan menggantikan dan jadi pelapis nanti. Macam itu kita tunjukkan rasa kasih sayang kita. Tapi, kalau dah Mas Idayu macam 'Okaylah. Okay, boleh. Yang ini okaylah persembahan awak', itu bermakna, Mami dah tak ambil tahu.


"Sejujurnya, sebelum program bermula lagi, saya sudah pukul canang mengatakan Naim dan Sissy adalah peserta berpotensi. Ini kerana Sissy cerdik dalam ilmu muzik, manakala Naim mempunyai kepakaran dari segi persembahan.

"Justeru, saya teruja apabila mendapat tahu Sissy dan Naim akan tampil dengan lagu 'Jampi' yang susunan muzik diubah kepada genre keroncong. Namun, hasilnya mengecewakan kerana nyanyian mereka sumbang berbanding muzik yang besar.

"Tiada emak, cikgu atau sesiapa yang akan marah tanpa sebab. Saya tegur kerana saya sayang bakat mereka. Saya mahu mereka lebih berjaya apabila keluar daripada program ini nanti."

Itulah kata juri tetap program realiti, Famili Duo, Mas Idayu yang akui tiada sekelumit perasaan benci dalam hati apabila menegur persembahan pasangan sepupu, Sissy Imann dan Naim Daniel, malam kelmarin.

Sissy bagaimanapun dilihat mengalirkan air mata atas pentas apabila menerima kritikan selepas persembahan minggu keenam menerusi lagu 'Jampi' apabila gagal menambat hati juri.

Klik untuk gambar besar



Jelas Mas Idayu, apa yang dilakukannya atas dasar rasa tanggungjawab terhadap amanah diberikan oleh produksi, malah menjadi hasratnya melihat pasangan sepupu itu lebih berjaya selepas melangkah keluar daripada program realiti terbitan TV3 itu.

Dalam pada itu, Mas Idayu menegaskan, teguran itu bukanlah ditujukan kepada Sissy seorang sahaja seperti yang tular.

"Kalau dengar komen, saya tujukan kepada Sissy dan Naim. Ini juga bukan serangan peribadi terhadap Sissy seorang. Saya faham perasaan Sissy apabila menangis atas pentas, tetapi niat saya membuat teguran kerana saya perlu bersikap jujur.

"Ini sudah minggu keenam dan saya tidak boleh pejam mata jika ada kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan. Setiap peserta program ini sepatutnya bersedia dengan pelbagai kemungkinan kerana mereka sudah dimaklumkan lebih awal oleh produksi saya adalah seorang daripada juri dan karakter saya.

"Jika ambil positif apa yang saya katakan dan terus kekal menyertai program realiti minggu depan, dia adalah seorang yang profesional dan dahsyat.

"Tetapi, jika memutuskan menarik tarik diri, Sissy juga yang rugi. Apapun, saya serahkan pada produksi keputusan yang bakal Sissy ambil," ujar penyanyi lagu 'Cinta 100%' ini.

Mengulas kecaman diterima termasuk rakan artis yang menganggap cara tegurannya keterlaluan, penyanyi yang mendapat jolokan Ratu Gelek 45 darjah itu berkata, dia hanya menjadi diri sendiri.

"Orang luar nak cakap apapun, terpulanglah. Sebagai juri, saya hanya mahu anak-anak saya menang dan keluar menjadi penyanyi lebih bagus. Lagipun, ini memang karakter saya sebagai juri. Saya tidak boleh menjadi seperti orang lain.

"Benda ini pun berlaku secara spontan dan bukannya dibuat-buat. Saya ada juga mendengar orang luar menganggap ini kandungan semata-mata untuk sensasi. Itu juga tidak benar," tegasnya.

Sementara itu, Naim tidak menafikan bahawa pengalaman itu bukanlah pengalaman menarik untuk diingati dan dia juga tidak dapat menghubungi Sissy ketika sesi temubual bersama Buletin FM itu berlangsung.

"Saya rasa, apa yang berlaku malam itu adalah satu lagi pengalaman. Saya percaya, di sini pun kami datang atas kapasiti untuk menghiburkan penonton di rumah dan juga di studio. Jadi, mungkin tingkat penerimaan seseorang terhadap sesuatu kata-kata yang dilemparkan itu agak berbeza," katanya.

"Saya cuba hubungi Sissy, tapi sampai sekarang dia masih belum jawab. Tapi, saya faham dari sudut pandang sisi, untuk dia berikan reaksi sebegitu boleh diterima sebagai manusia. Kita percaya, kata-kata adalah alat yang berkuasa di dalam dunia ini," katanya.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: