24 January 2023

BAKAL BERSALIN MEI DEPAN - DYNAS MOKHTAR MAHU JANTINA ANAK KEEMPAT JADI KEJUTAN



Pelakon dan pengacara, Dynas Mokhtar yang bakal menimang cahaya mata keempat dijangka dilahirkan pada penghujung Mei depan itu memberitahu, dia tidak mahu tahu jantina bayinya itu kerana mahukan kejutan.


Ini kerana kata Dynas atau nama sebenarnya, Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar, 39, dia dan suami sudah memiliki dua anak lelaki dan satu anak perempuan.

"Kami belum buat pemeriksaan mengesan jantina bayi kerana mahukan kejutan. Namun, kami juga tidak kisah soal jantina anak keempat ini lelaki atau perempuan kerana yang penting anak yang dilahirkan nanti sihat dan cukup sifatnya,"

Dynas mengakui terdapat pembezaan hamil pada usia menjelang 40-an berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.

"Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

"Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini. Ketika itu, saya tidak tahu sudah mengandung anak keempat. Bila sudah tahu, saya terus berehat dari aktiviti seni kerana mahu memberi fokus pada kehamilan," katanya.

Klik untuk gambar besar



"Saya juga berasa penat dan mengalami alahan yang teruk pada kehamilan anak keempat ini berbanding kandungan sebelum ini. Alahan yang teruk hanya pada tempoh tiga bulan pertama kehamilan.

"Alhamdulillah, keadaan saya sudah okay dan usia kandungan pun sudah mencecah usia lima bulan ketika ini," ujarnya.

Sementara itu, ditanya kali terakhir dia terbabit dengan penggambaran, Dynas memaklumkan ketika usia kandungannya baru mencecah dua bulan.

"Ketika itu, saya tidak tahu sudah mengandung anak keempat. Bila sudah tahu, saya terus berehat dari aktiviti seni kerana mahu memberi fokus pada kehamilan," tuturnya.

Untuk makluman, Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki Edriel Obil, 3. perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 12, dan Mohamed Haqaish, 9.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: