23 January 2023

"BILA DAPAT TAHU KISAH MAK WAN HIDUP SUSAH... SAYA RASA KASIHAN" - BEKAS PEMBANTU PERIBADI TARIK SEMULA KES SAMAN



"Saya buat dakwaan sebelum ini sebab ia melibatkan maruah kerana dituduh mengambil duitnya dan dia pernah meludah saya. Apabila dapat tahu kisah dia hidup susah daripada artikel mStar, saya rasa kasihan. Tak elok untuk saya lanjutkan kes ini dalam keadaan dia sebegitu.


"Jadi saya akan minta pihak peguam untuk tarik semula kes tersebut dan cukuplah sampai di sini," demikianlah ujar bekas pembantu peribadi kepada Mak Wan Latah iaitu Nurul Amalina Mohamad Kamal yang terbuka hati untuk menarik balik kes saman terhadap pelakon tersebut selepas mendengar khabar kesusahan hidup dilaluinya ketika ini.

Amalina atau Amell, 29, memberitahu dia tidak mahu lagi kes yang sedang dibicarakan di Mahkamah Majistret Taiping, Perak tersebut berlarutan selain enggan melihat Mak Wan terus menanggung derita susulan kes mahkamah yang sedang berjalan.

Dalam masa sama, Amell akui dirinya terkejut mendengar khabar Mak Wan atau nama sebenarnya Halimatussa'diah Mohd Daud, 62, tidak mempunyai wang cukup bagi mendapatkan bekalan ubat penyakit darah tinggi dan diabetis dihidapinya.

Klik untuk gambar besar



"Saya sebak dan terkejut apabila dapat tahu dia tiada duit sehingga nak beli ubat pun tak mampu. Sedangkan semasa saya menjaganya, bekalan ubat tak pernah putus.

"Sebagai orang yang pernah duduk bersamanya sebelum ini, pasti akan timbul rasa kasihan setelah dapat tahu keadaan begitu," tutur Amell yang juga berusaha untuk menghubungi pelakon itu dan berharap hubungan mereka kembali pulih..

Menerusi temu bual bersama mStar sebelum ini, Mak Wan menyifatkan tahun 2022 lalu meninggalkan kenangan buruk buatnya apabila terpalit dengan pelbagai kontroversi termasuk pernikahan kali ketiga yang hanya bertahan selama tiga bulan.

Pada Julai 2022, pelakon itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Taiping atas tuduhan berkelakuan aib meludah Amell namun Mak Wan mengaku tidak bersalah.

Kes antara Mak Wan dan Amell mula menjadi sebutan apabila hubungan mereka renggang dipercayai berpunca dari tuduhan bekas pembantu peribadinya itu mengambil wang hasil bekerja sebagai pelakon.

Sebelum ini, Amell sebelum itu juga pernah mendedahkan perbuatan Mak Wan yang didakwa terlibat dengan amalan syirik.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: