Semua sedia maklum mengenai pasangan pelakon Fasha Sandha dan Aidil Aziz yang ketika ini sedang berada di Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah.
Bagaimanapun sebelum berangkat, Fasha sempat memuai naik foto dan juga video ketika berada di lapangan terbang. Apa yang menjadi perhatian netizen adalah penampilan Fasha yang mengenakan abaya berwarna putih dan memakai hijab.
Rata-rata netizen yang meninggalkan komen menyatakan wajah Fasha kelihatan lebih berseri dan kelihatan cantik sewaktu memakai hijab dan berada di samping suami tercinta.
Tidak hanya penampilan, netizen juga turut mendoakan agar urusan ibadah pasangan yang mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019 ini dipermudahkan.
Klik untuk gambar besar
"Semoga Allah permudahkan urusan kalian berdua di sana, ya. Alhamdulillah… Cantik dan ayunya Fasha dengan berpakaian menutup aurat. Semoga istiqomah hendaknya. Aamiin..." - "Segaknya Fasha pakai tudung, semoga terus pakai tudung bila balik dari tanah suci. Aminnnn."
"Wei lawanya dia, semoga istiqomah dan semoga dipermudahkan semuanya." - "Cantiknya Fasha, berseri-seri tengok muka Fasha pakai tudung, semoga istiqomah. Insya-Allah," antara komen-komen netizen.
Sebelum ini, Aidil memberitahu bahawa dia sudah lama menyimpan hasrat untuk membawa Fasha menunaikan umrah namun niat tersebut terhalang disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa fasa pandemik beberapa tahun lalu.
________ IKLAN ________
JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.
Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!
Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment