23 January 2023

FYNA JEBAT DIDAKWA KENA SERANG DENGAN MADUNYA DI KEDAI MAMAK - POLIS SAHKAN BERLAKU 'PERANG MULUT': "MARAH KERANA KAHWIN TANPA PENGETAHUANNYA"



Pada awal pagi Isnin, penyanyi Fyna Jebat telah didakwa terlibat dengan pergaduhan bersama madunya iaitu isteri pertama bekas pemain bola sepak terkenal negara era 80 hingga 90-an, Datuk Zainal Abidin Hassan.


Insiden itu dipercayai berlaku selepas Fyna dikatakan singgah di sebuah restoran mamak di Seksyen 9, Shah Alam selepas selesai mengadakan persembahan Famili Duo siaran TV3.

Menerusi laporan mStar, sumber berkata, kekecohan berlaku apabila isteri pertama Zainal iaitu Datin Zalina Zaini dipercayai mengeluarkan kata-kata kesat kepada Fyna yang berada di restoran tersebut.

"Semalam tengah melepak, tiba-tiba isteri kedua itu kena serang dengan isteri pertama. Apa yang saya dengar, dia menggelar Fyna dengan kata-kata kesat sebelum kedua-duanya berperang mulut," jelas sumber itu.

Manakala menerusi kenyataan kepada wartawan Majoriti pula, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner, Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan berlaku pergaduhan kecil melibatkan dua isteri kepada bekas bintang bola sepak terkenal berkenaan.

Klik untuk gambar besar



Menurut Iqbal, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis dan kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan (gaduh gempar) dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (AKK) (Kelakuan tidak senonoh tempat awam).

"Pengadu kemudian membuat laporan polis pada pukul 2.18 pagi Isnin sejurus selepas kejadian pergaduhan," tuturnya.

Dalam pada itu, Iqbal juga memberitahu isteri pertama Zainal dikatakan menarik rambut madunya hingga membawa kepada pergaduhan dan pertengkaran di luar premis berkenaan.

Hasil siasatan mendapati, suspek (isteri pertama) marah kepada penyanyi berkenaan kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya.

"Hasil siasatan awal mendapati punca pergaduhan tersebut disebabkan suspek berasa tersindir dengan kenyataan pengadu dalam program Famili Duo. Dia juga marah kepada pengadu kerana telah berkahwin dengan suaminya tanpa pengetahuannya," ujar beliau.

Bagaimanapun, usaha wartawan untuk menghubungi Zainal dan Fyna tidak berjaya apabila panggilan telefon dan mesej tidak dijawab.

Sebelum ini, nama Fyna atau nama sebenar Nur Syafinaz Jebat, 29, hangat diperkatakan selepas membuat pengakuan sudah bergelar isteri kepada bekas jurulatih bola sepak Pahang FC yang juga merupakan bekas pemain bola sepak kebangsaan.

Enggan mengulas lanjut tentang perkahwinan tersebut, adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat itu bagaimanapun memohon orang ramai mendoakan kebahagiaan mereka.


________ IKLAN ________

Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.

Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.

Beli kat offical store je..! 

KLIK DI SINI ATAU KLIK GAMBAR SEKARANG






_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: