24 January 2023

MOTOSIKAL DITUNGGANG LANGGAR KERETA KETIKA BERLAKON - NOORKHIRIAH STABIL, TANGAN ALAMI LEBAM & TISU KOYAK



"Alhamdulillah akak okay cuma tangan berbalut dan lebam-lebam manja sahaja. Tak patah, cuma tisu koyak. Apa yang terjadi adalah atas kesalahan akak sendiri bukan produksi. Jangan salahkan mereka. Mereka sudah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin."


Itulah kata pelakon Noorkhiriah yang berdepan detik cemas apabila motosikal yang ditunggangnya ketika menjayakan satu babak yang dilakonkan itu dipercayai hilang kawalan sehingga kenderaan terbabit bergerak laju sebelum melanggar sebuah kereta yang diparkir di tepi jalan.

Akibat kejadian itu, Khiriah atau nama penuhnya Noorkhiriah Ahmad Shapie, 45, mengalami kecederaan pada tangan kanannya yang mengalami lebam dan tisu koyak.

Khiriah yang sedang menjalani penggambaran drama berjudul 'Bosskid' itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Isnin.

Klik untuk gambar besar



Jelas Khiriah lagi, selepas kejadian, pihak produksi menyarankan untuk mendapatkan rawatan kerana bimbang keadaannya boleh bertukar menjadi teruk.

"Terima kasih kepada pihak produksi, keluarga dan sahabat yang mesej bertanya. Semoga Allah membalas segala kebaikan korang. Lepas saja kejadian masing-masing suruh akak jumpa doktor takut kejadian lebih teruk," ujarnya.

Namun, menerusi perkongsian video di Instagram pelakon Datuk Fizz Fairuz pula menunjukkan Noorkhiriah berada di dalam keadaan stabil selepas kemalangan itu dan kecedeaan pada tangan kanan dialaminya juga sudah dirawat.



"Keadaan dia stabil, tangan jer. Tapi ramai yang tanya, inilah keadaannya sekarang. Masih boleh makan. Telur tetap ada dengan kicap selalunya. Dalam keadaan dia sekarang ini, Alhamdulillah.

"Masih lagi boleh makan. Tapi, dia takut laki (suami) dia tahu. Pengajaran buat dia," kata Fizz dalam video itu disusuli dengan ketawa.

Sementara itu, Noorkhiriah yang cuba dihubungi wartawan menerusi kiriman mesej di WhatsApp, tidak membalas sebaliknya berkongsi satu hantaran di Instagram Story.

"Maaf pada yang mesej dan call, terima kasih. Cuma saya tak dapat balas..saya dah start rasa sakit..nak tidur kejap yer.. Jaga diri semua.. moral of the stori..Jangan degil. Pada team #Bosskid akak minta maaf..korang baik sangat..Semoga Allah Membalas Segala Kebaikan Korang," tulisnya.




________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: