24 January 2023

"SAYA HARAP DAPAT JADI PASANGAN YANG TERBAIK" - AIMAN TINO BAKAL NIKAHI SYARAH HAIFA DALAM TEMPOH TERDEKAT



"Insya-Allah perancangan untuk berkahwin dalam waktu terdekat ini. Saya sedang menunggu tarikh daripada keluarga belah perempuan," jelas penyanyi Aiman Tino yang mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihannya, Syarah Haifa pada tahun ini, selepas menghantar rombongan merisik.


Pada Sabtu lalu, keluarga Aiman atau nama sebenarnya Mohammad Aiman Yusri, 25, telah merisik teman wanita penyanyi itu di kediaman keluarga gadis tersebut.

Ditanya lebih lanjut mengenai hubungannya dengan teman wanita, Aiman berkata, selepas hampir lima bulan berkawan rapat dengan Syarah dia nekad untuk membawa hubungan istimewa itu ke fasa seterusnya.

"Sebenarnya saya dan Syarah sudah berkawan hampir empat tahun dan kami mengusahakan perniagaan cookies theogsbake bersama-sama. Tahun ini juga kami merancang untuk menjual kuih raya.

Klik untuk gambar besar



"Melihat keselesaan dan keserasian yang wujud, saya ambil keputusan untuk menghantar rombongan merisik bagi mendapatkan restu dan persetujuan kedua-dua belah keluarga.

"Sepanjang lima bulan mengenali hati budinya, saya rasa selesa dan boleh berkongsi apa saja. Saya harap dapat menjadi pasangan yang terbaik," tuturnya yang dipetik sebagai berkata kepada Aisyah.

Menurut Aiman, majlis merisik yang diadakan secara sederhana dirancang pada saat-saat akhir dan tidak terfikir untuk memberitahu kepada umum.



"Saya memang tidak merancang untuk berkongsi majlis ini kepada umum sebab hanya majlis merisik. Tapi disebabkan ramai yang muat naik di media sosial, saya fikir tak perlulah saya nak rahsiakan.

"Lagipun apa yang kami lakukan adalah perkara baik dan nak elak orang daripada berkata-kata memandangkan kami berdua menjalankan perniagaan bersama-sama. Rasanya kalau di sini (Kuala Lumpur) ramai yang sering nampak kelibat kami berdua apabila beli barang untuk berniaga.

"Walaupun ibu saya sudah mengenali Syarah sebelum ini, tapi saya sengaja merancang majlis merisik ini supaya kedua-dua belah keluarga saling kenal dan tahu mengenai hubungan ini," ujarnya.





________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: