24 January 2023

KRITIK SISSY IMAN SAMPAI MENANGIS - NETIZEN LUAH RASA TAK PUAS HATI, TAMPIL TEGUR MAS IDAYU



Menerusi konsert program Famili Duo yang berlangsung Ahad lalu, penyanyi Sissy Iman dilihat tidak dapat menahan air mata apabila menerima sergahan komen pedas daripada juri program tersebut iaitu Mas Idayu.


Dalam konsert itu, Sissy Iman bergandingan dengan sepupunya, Naim Daniel menyanyikan lagu 'Jampi'. Bagaimanapun, Mas Idayu beranggapan lagu tersebut tidak sesuai dengan mereka. Komen Mas Idayu itu sekaligus membuatkan Sissy tidak dapat menahan sebak di atas pentas.

Bagaimanapun, juri lain seperti Ajai memuji idea mereka yang membawa kelainan ke versi keroncong namun kurang dari segi penyampaian.

Klik untuk gambar besar



"Kamu sebenarnya ada idea. Saya puji idea kamu yang ke arah muzik kerana buat jampi ke keroncong. Kamu selalu tukar keaslian lagu dan konsep. Penyampaian kurang. Saya dengar, kesedapan dan kelembutan lagu tu jadi kasar sikit. Kira tak sampai la. Jadikan sebagai pengajaran," katanya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kurang senang serta tidak puas hati dengan komen Mas Idayu, selain mendakwa penyanyi dangdut itu tidak profesional.

Malah, ada yang menegur Mas Idayu dengan mengatakan tiada masalah untuk memberikan teguran namun biarlah beradab serta tidak menjatuhkan maruah seseorang.






________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: