11 January 2023

"BILA SAYA PUN TERKENA TEMPIAS SEKALI, SAYA JADI TAKUT" - EDIKA YUSOF



"Bila isu melibatkan rumah tangga selebriti menjadi bualan hangat, nama saya mesti turut disebut-sebut. Bila saya pun terkena tempias sekali, saya jadi takut. Kadang-kadang bila saya berjalan dengan saudara perempuan, nanti orang ingat 'Edika dengan siapa tu'… saya pula kena berjaga-jaga.


"Bukan risau fasal netizen tapi nanti sampai ke isteri saya, orang mengadu kata nampak saya dengan perempuan lain. Benda itu menjadi menyusahkan saya lagi.

"Macam sekarang tengah isu viral ini, saya nak ke mana-mana atau keluar pun kena dengan lelaki," ujar pelakon Edika Yusof dimana dia turut terkena tempias apabila kecoh mengenai isu rumah tangga pasangan selebriti iaitu Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana.

Klik untuk gambar besar



Pelakon berusia 55 tahun itu akui dia tidak selesa apabila namanya terkait dengan isu rumah tangga tersebut, meskipun netizen memuji kesetiaannya terhadap isteri yang lumpuh.

Jelas Edika, dia hanya ingin lakukan yang terbaik buat keluarganya, selain berharap kebaikan itu boleh menjadi contoh untuk orang lain.

"Kita bukan malaikat, kita hanya manusia biasa yang buat yang terbaik… bukan untuk orang lain tapi untuk keluarga kita. Tapi kalau kebaikan itu boleh mencontohi orang luar, saya rasa baguslah," katanya lagi.




________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: