11 January 2023

"TWISTLAH CERITA SELAGI BOLEH... CUKUPLAH 'PLAY VICTIM' & MENYALAHKAN" - PUTERI SARAH



Nampaknya masih lagi berterusan kemelut rumah tangga pelakon Puteri Sarah Liyana, 38, dan Syamsul Yusof, 39, apabila kedua-duanya saling berbalas di media sosial.


Selepas Syamsul memberi kenyataan berhubung isu menyekatnya (block) di aplikasi WhatsApp, Puteri Sarah menerusi hantaran di Insta Story miliknya telah tampil mengulas mengenai perkara itu.

Menurut Puteri Sarah, Syamsul telah memutar belit cerita, selain meminta suaminya itu untuk berhenti mencipta drama seolah-olah dia adalah mangsa keadaan.

"Twistlah cerita selagi boleh. Tak apa lah nak minta lepas pun. Jangan lepas ni twist lagi cerita pula 'Sarah yang minta lepaskan sangat, saya tak nak. Selama ni saya sayang dia'. Cukuplah drama 'play victim' (mangsa keadaan) dan menyalahkan. Selamat malam," ujarnya.

Klik untuk gambar besar



Sebelum ini, Syamsul mendedahkan dia terpaksa menyekat aplikasi WhatsApp isteri pertamanya kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan dan situasi hubungan mereka.

Dedah pengarah dan pelakon itu, setiap kali berbincang mengenai isu rumah tangga mereka, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin akan mengeluarkan kata-kata kesat yang membuatkan keadaan menjadi lebih buruk.

Untuk makluman, Syamsul dan Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.

Pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan bapanya, pelakon Kazar Saisi.





________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: