11 January 2023

TERIMA ANUGERAH GOLDEN GLOBE - MICHELLE YEOH PELAKON MALAYSIA PERTAMA MEMENANGINYA



Tahniah diucapkan kepada bintang Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh apabila baru-baru ini memenangi Anugerah Golden Globe yang berlangsung di The Beverly Hilton, Amerika Syarikat pada Rabu, sekaligus mencatat sejarah menjadi pelakon Malaysia pertama memperolehnya.


Dalam majlis anugerah tersebut, Michelle atau nama penuhnya Michelle Yeoh Choo Keng, 61, membawa pulang anugerah Pelakon Wanita Terbaik Dalam Filem Muzikal menerusi filem lakonannya Everything Everywhere All At Once.

Aktres kelahiran Ipoh, Perak itu berjaya menewaskan calon lain termasuk Lesley Manville menerusi filem 'Mrs Harris Goes to Paris; Margot Robbie (Babylon), Anya Taylor-Joy (The Menu) dan Emma Thompson (Good Luck to You, Leo Grand).

Dalam pada itu, Michelle juga merupakan pelakon Asia kedua yang memenangi kategori berkenaan selepas Awkwafina, pelakon Amerika Syarikat yang berdarah campuran Cina memenanginya tiga tahun lalu menerusi filem The Farewell.

Klik untuk gambar besar



Selain Awkwafina, ia turut mencalonkan pelakon-pelakon Asia lain termasuk Machiko Kyo (The Teahouse of the August Moon - 1956), Miyoshi Umeki (Flower Drum Song - 1961), Yvonne Elliman (Jesus Christ Superstar - 1973), Hailee Steinfeld (The Edge of Seventeen - 2016) yang berketurunan Filipina dan Constance Wu (Crazy Rich Asians) pada 2018.

Untuk info, Michelle mula melonjak ke kemuncak kesohoran antarabangsa apabila beliau berlakon disamping Pierce Brosnan menerusi filem Bond 1997, Tomorrow Never Dies.

Antara filem-filem Hollywood yang dilakonkan oleh primadona ini termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians, Shang-Chi and The Legend of the Ten Rings, Memoirs Of A Geisha dan banyak lagi.



________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: