Penyanyi Ameng Spring, 54, sebelum ini memberi pandangan mengenai permintaan penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 48, supaya kes di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dikaji semula adalah tidak wajar kerana ganja juga tergolong dalam kategori dadah mengkhayalkan dan bukannya ubat.
Ujar Ameng lagi, dia yang pernah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan 10 sebatan atas kesalahan dadah pada tahun 2011 itu kurang bersetuju akan tindakan melonggarkan hukuman sedia ada hanya akan menambahkan jumlah jenayah dan penagih dadah dalam negara.
Kenyataan Ameng itu menerima respon Yasin dimana dia meminta vokalis kumpulan Spring berkenaan mendapatkan maklumat terperinci terlebih dahulu serta membuat kajian dan berfikir secara mendalam sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu ini.
"Bila saya dengar apa yang Ameng cakap saya pasti dia ignorant (kurang pengetahuan) mengenai kes yang dihadapinya dulu yang dia tidak tahu. Fikir sebelum ditemubual dan buatlah kajian terlebih dahulu sebelum buat kenyataan tidak wajar atau sebagainya.
Klik untuk gambar besar
"Jadi bila bercakap tu barulah nampak bijak sikit, saya dengan Ameng memang tiada apa-apa dan selalu dengar lagu dia... tapi bila dia cerita mengenai perubatan memang tak boleh nak dengar sebab dia tak tahu apa-apa," tutur Yasin yang dipetik sebagai berkata kepada mStar.
Yasin atau nama penuhnya Muhammad Yasin Sulaiman berkata demikian ketika ditemui selepas sebutan kes berhubung representasi tiga pertuduhan dadah yang dihadapinya di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya, Selangor pada Rabu.
Dalam prosiding yang berlangsung, mahkamah menolak keputusan representasi dan menetapkan semula sebutan kes pada 20 Febuari nanti.
Sementara itu, penyanyi lagu 'Mimpi Laila' ini memberitahu dia tidak akan berputus asa untuk membuat representasi kali kedua dan akan menulis surat rayuan itu sendiri.
"Representasi pertama ditulis oleh peguam tapi untuk kedua ini saya sendiri akan tulis. Saya akan terus usaha sebab saya percaya pada keajaiban dan percaya takdir tuhan, bila tuhan cakap 'Kun Fayakun' pasti akan berlaku.
"Yang paling penting saya gembira sebab isu kanabis ini sedang dibincangkan secara meluas. Saya pasti 30 tahun akan datang kanabis dalam perubatan pasti dibolehkan," katanya.
________ IKLAN ________
JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment