"Jom kita sembang sama-sama okay tak? Nak bincang elok-elok. Datang dengan cara elok. Kita pun layan elok. Jangan datang macam taiko ikan masin. Sebab bapa aku saksi malam tu, lagi pun dah lewat anak-anak nak sekolah. Kali ni jomlah kita jumpa.
"Aku rekod siap-siap supaya tak ada putar belit cerita. Jom jumpa Intan Saleh. Ni aku ajak terus depan-depan," itulah kata pelakon Izreen Azminda yang mahu menyelesaikan kemelut antara suaminya, Ude Wahid dan Intan Liana Saleh, secara baik dengan menyatakan hasrat untuk bertemu dengan bekas madunya itu bagi mengadakan perbincangan.
Berkongsi luahan hatinya itu menerusi satu muat naik di Instastory pada Rabu, Izreen atau nama sebenarnya Izreen Azminda Aznam, 39, dipercayai menulis status itu bagi membalas kenyataan Intan, 38, sebelum ini yang mendakwa aktres berkenaan telah menganggu hidupnya.
Sebelum itu, Intan terlebih dahulu menulis luahan hati di Instastory dimana dia berkongsi rasa kurang senang dengan tindakan seseorang yang masih mengganggu dan mengugutnya.
Klik untuk gambar besar
"Kau nak apa sebenarnya ek? Aku ada kacau hidup kau ke? Aku ada rampas apa-apa daripada kau ke? Aku amik tahu hidup kau ke? Aku tak pernah amik tahu hal kau dan apa aku buat tu urusan aku.
"Sekarang aku dah kahwin pun tak habis-habis sibuk hal aku. Eh malah kutuk pulak suami aku. Apa sebenarnya kau nak? Sebar aib aku? Kalau tu yang kau puas hati buat la.
"Macam la kau tak bercerita pasal aku dengan pengikut dan kawan kau.. puas? Tak puas lagi kan selagi aku tak duduk terjatuh, selagi orang tak tahu cerita aku.
"Dah 2023 takde modal lain ke? Aib aib aib. Bercakap macam sendiri takde aib. Cerita kau dari awal, apa kau buat semua tu.. aku tahu. Ada aku pernah ugut kau?
"Orang tanya aku kenapa tak maafkan? Sebab cerita disebalik tabir orang tak tahu apa aku hadap. Hal peribadi aku yang takde kena mengena pun dia sibukkan. Mengugut aku tak sudah-sudah.
"Selama ni bila aku nak menjawab, orang cakap dah tak payah layan. Tulis sikit pun aku yang kena balik. Apa je Intan ni boleh buat? Tak boleh buat apa tapi dorang seronok pumpang hal aku," ujarnya.
Dalam pada itu, suami kepada Izreen iaitu Ude atau sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid, 35, turut memberitahu bahawa individu berkenaan tidak membalas WhatsApp yang dihantar.
"Itulah yang sebenarnya. Ajak settle depan-depan tak nak. WhatsApp tak balas. Tahu-tahu up dekat Instagram (IG). Memang suka expose masalah ke macam mana.
"Sudah-sudahlah. Jangan nanti dok bising-bising dekat Instagram tiba-tiba Allah buka aib kau baru time tu tak cukup tanah kau nak bersembunyi. (Aku up sebab dah lama bersabar. Bukan nak memburukkan keadaan) tapi dah puas kena pijak. Aku pun nak hidup aman damai," tulisnya.
Menerusi perkongsian lain, Ude turut meminta isterinya supaya banyakkan bersabar. Sementara itu, Izreen juga dilihat ada memuat naik perkongsian mengatakan sabarnya ada had serta meminta individu tersebut tidak melebih-lebih.
Tambahnya lagi, individu tersebut seakan tidak menghormati suami barunya kerana tanpa segan memuat naik gambar bekas suami yang juga sudah mempunyai keluarga sendiri.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan perkongsian itu ditujukan kepada siapa memandangkan Ude dan Izreen tidak menyebut nama mana-mana individu.
________ IKLAN ________
NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45"
Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.
MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"
PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc
100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.
Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment