17 January 2023

FOTO PERTAMA FYNA JEBAT BERSAMA SUAMI, DATUK ZAINAL ABIDIN HASSAN



Adik kepada penyanyi dan pelakon Ayda Jebat iaitu Fyna Jebat sebelum ini mengesahkan sudah pun berkahwin dengan jurulatih bola sepak, Datuk Zainal Abidin Hassan.


Bagaimanapun, Fyna mahupun Zainal masih belum memuat naik sebarang gambar perkahwinan mereka untuk tatapan umum.

Namun baru-baru ini, pelakon Datuk Mustapha Kamal telah berkongsi satu video yang dimuat naik di aplikasi TikTok dimana ia memaparkan Fyna dan suaminya sedang makan bersama pelakon itu dengan isterinya.

Mustapha turut menulis kapsyen mengatakan tidak sengaja bertemu rakan lamanya iaitu Datuk Zainal ketika keluar makan serta mengucapkan tahniah diatas pernikahan pasangan itu.

Perkongsian video itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna laman sosial.

Klik untuk gambar besar







________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: