Semua sedia maklum mengenai pelakon Puteri Sarah Liyana dimana dia telah pun memfailkan perceraian terhadap suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof di Kompleks Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
Memetik laporan Harian Metro, Syamsul dilihat mengambil langkah berdiam diri berhubung tindakan isteri pertamanya itu.
Ini kerana Syamsul yang kini sibuk menjalani penggambaran filem terbaru arahannya, 'The Original Gangser' itu tidak menjawab panggilan telefon dan mesej WhatsApp.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun, menerusi perkongsian di Instagram Story, Syamsul ada memuat naik gambar kedua-dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan kapsyen "Always" serta emoji berbentuk hati.
Sementara itu, Puteri Sarah semalam telah meluahkan rasa lega apabila memfailkan perceraian terhadap suaminya.
Jelas Puteri Sarah, mahkamah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan dan tarikh tersebut jatuh sehari sebelum ulang tahun perkahwinan mereka yang kesembilan.
________ IKLAN ________
JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment