"Selamat pagi, semua ini akaun palsu bukan milik saya. @Irakaza adalah satu-satunya akaun yang saya guna," ujar Ira Kazar menerusi Instastory dimana dia akhirnya kembali aktif di media sosial, setelah lama mendiamkan diri sejak menjadi isteri kedua kepada pengarah dan pelakon Syamsul Yusof.
Menerusi perkongsian terbaharu, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin, 29, menjelaskan dia hanya miliki satu akaun sahaja di Instagram yang menggunakan nama @Irakaza, manakala yang selebihnya adalah palsu.
Sejak awal tahun lalu, nama Ira Kazar menjadi bualan orang ramai apabila dikatakan menjadi orang ketiga dalam rumah tangga Syamsul dan isterinya, Puteri Sarah Liyana. Gara-gara isu itu, Ira Kazar menerima kecaman hebat netizen di media sosial.
Klik untuk gambar besar
Bagaimanapun pada Jumaat lalu, Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, pelakon Kazar Saisi.
Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah sehingga kini masih berlarutan dan kedua-duanya saling memuat naik kenyataan di media sosial.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________

No comments:
Post a Comment