10 January 2023

AL-FATIHAH - BAPA PELAKON CILIK, AIMAN BADRUL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Takziah diucapkan kepada pelakon cilik, Aiman Badrul, 9, atas pemergian bapanya, Badrul Hisham Abdul Rahim, 52, yang menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 6.44 pagi, hari ini, akibat angin ahmar.


"Aiman memang sedih tapi dia tak menangis depan ayahnya waktu ayahnya sakit. Dia hanya menangis di belakang ayahnya. Hubungan Aiman dengan ayahnya sangat rapat, namun sekarang dia kena terima ketentuan takdir," kata bapa saudara Aiman iaitu Roslen Fadzil.

Roslen berkata, sebelum ini Allahyarham adiknya mengalami masalah jantung dan mendapatkan rawatan di Hospital Shah Alam. Menurutnya lagi, kesihatan Allahyarham sedikit merosot selepas dijangkiti C0V1D sebelum ini.

"Selepas keluar, arwah sempat bawa Aiman gunting rambut. Semasa berada di rumah Khamis lalu, dia muntah dan dimasukkan pula ke PPUM. Di situ, buat pertama kali dia diserang angin ahmar. Hari kedua dirawat, arwah ditidurkan dan mengalami pendarahan di otak," jelasnya.

Jenazah bapa Aiman dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Universiti Pertahanan Malaysia (UPM), Serdang selepas solat Asar, hari ini.

Allahyarham meninggalkan balu Mazniyati Hanafiah dan empat. Aiman adalah anak bongsu.

Aiman sudah membintangi pelbagai drama antaranya 'i-Tanggang: Mother of all lies', 'Adik Kakak' dan drama pendek 'Aidil & Atok' arahan Fauziah Ahmad Daud.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: