10 January 2023

JULIE SUDIRO MASIH KRITIKAL, TETAPI SUDAH TUNJUK TANDA-TANDA POSITIF



Penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro, 80, yang dimasukkan ke wad kecemasan Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM), Puncak Alam, semalam dilaporkan kritikal dengan paras oksigennya rendah dan terpaksa ditidurkan.


Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi berkata, dia menghubungi anak Julie iaitu Jose Soliano dan diberitahu keadaan ibunya masih kritikal tetapi sudah menunjukkan tanda-tanda positif.

"Dia juga masih tidak dibenarkan menerima kehadiran pelawat buat masa ini. Dari wad kecemasan, Julie juga sudah dipindahkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU) semalam. Julie ada masalah paru-paru dan perlu diberi rawatan rapi. Dia sudah mengalami masalah kesihatan sejak dua minggu lalu," katanya.

Tambah Freddie lagi, dia ada melawat Julie atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro di rumahnya Khamis lalu bersama dua rakan penggiat seni.

"Ketika itu dia masih boleh berbual tapi suaranya kurang kuat kerana keadaannya sangat lemah. Keadaannya semakin teruk sebab itulah anaknya bawa dia ke hospital dan sekarang masih kritikal. Apapun sama-samalah kita doakan dia semoga kembali stabil dan seterusnya pulih," tuturnya.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: