11 January 2023

"SEOLAH TAK ADA RASA HORMAT TERHADAP SUAMI" - SYAMSUL YUSOF 'BLOCK' KERANA KERAP DIMAKI, MINTA HENTI KECAM KEDUA-DUA ISTERINYA



Dek kerana di 'block' (masih menyekat nombor telefonnya) oleh suaminya, pengarah dan pelakon Syamsul Yusof sehingga sekarang dan tidak ajak berbincang, pelakon Puteri Sarah Liyana telah meminta untuk 'dilepaskan', malah dirinya juga tidak rela dimadukan.


Berhubung kenyataan isteri pertamanya itu, Syamsul menerusi video di laman Instagram miliknya telah tampil menjelaskan yang dia mempunyai sebab kenapa perlu menyekat nombor telefon Puteri Sarah kerana dia tidak suka bergaduh.

Dalam masa sama, Syamsul turut mendakwa Puteri Sarah memarahi dan memaki hamunnya di telefon atau WhatsApp seolah-olah tidak ada lagi rasa hormat terhadapnya sebagai suami.

"Jika mahu dilepaskan atau mahu bersama, kita berbincanglah di rumah. Lebih baik kita hentikan membuka aib masing-masing di media sosial. Kita membuka ruang kepada netizen untuk terus menghakimi."

Klik untuk gambar besar



"Bagaimana kita hendak berkomunikasi jika begitu? Ia memudaratkan jadi saya mengambil pendekatan untuk 'block' (sekat) kerana saya tidak mahu hubungan kita bertambah keruh.

"Namun, saya sama sekali tidak pernah tidak menghiraukan awak (Puteri Sarah). Saya cari rezeki untuk awak dan anak-anak. Awak mahu duit saya berikan, malah awak mahu dua orang gaji juga saya sediakan.

"Malah, kita juga ada berkomunikasi ketika saya hendak mengambil anak-anak menerusi orang gaji, ibu saya, adik saya dan adik awak," jelasnya.

Tambah Syamsul lagi, walaupun dia menyekat nombor telefon Puteri Sarah tetapi tanggungjawab sebagai suami dan bapa tidak pernah diabaikan. Selain itu, Syamsul juga menganggap semua yang berlaku ini adalah ujian Allah SWT terhadapnya.

"Sejak dulu lagi saya tidak suka untuk berkongsi semuanya di media sosial tetapi memandangkan isteri saya memulakan, jadi saya bersuara untuk menangkis tanggapan buruk yang dilemparkan.

"Kalau anda di luar sana tidak tahu cerita sebenar, jangan jatuhkan hukum. Anda hanya mendengar dari sebelah pihak saja. Saya diam dan telan namun keadaan bertambah buruk.



"Saya ada ajak berbincang. Ini dapat dilihat daripada video-video yang saya muat naik sebelum ini. Kita berbincanglah di rumah jangan babitkan orang lain. Mereka yang mengutuk saya, biarlah Allah saja yang membalas semuanya," katanya.

Sementara itu, Syamsul meminta orang ramai untuk berhenti bercakap buruk dan mengecam kedua-dua isterinya iaitu Puteri Sarah dan Ira Kazar. Kata Syamsul, dia akan bertanggungjawab penuh dengan perkara yang berlaku selain rela menjadikan dirinya tempat untuk netizen melepaskan geram.

"Bila keadaan sebegini berlaku, saya tidak mahu anda (netizen) marah atau memberi tomahan atau cakap apa sahaja kepada kedua-dua isteri saya Puteri Sarah dan Ira Kazar. Jangan kata benda-benda tak elok pada mereka.



"Kalau nak kutuk atau hina sekalipun, saya lah orangnya. Kutuk saya sebab saya buat keputusan ini. Saya tahu apa yang saya buat, saya kahwin ikut hukum. Ibu bapa saya pun tolong jangan kutuk, saya yang bertanggungjawab dengan segala perkara ini," ujarnya.

Pengarah filem 'Mat Kilau' ini turut mengharapkan doa orang ramai buat dia dan keluarganya selain memohon netizen agar tidak menjadi batu api.

"Mohon semua doakan yang terbaik. Tidak rugi mahupun untung apa pun jika anda mendoakan untuk kami sekeluarga. Mohon netizen untuk tidak menjadi batu api seolah-olah mahu isteri dan saya bercerai," tuturnya.

Sebelum ini, rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan tindakan Syamsul memuat naik hantaran di Instagram yang berharap kedua-duanya isterinya itu bersabar dan bertenang. Dalam hantaran yang sama, Syamsul turut memohon doa yang baik-baik untuk mereka.




________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: