10 January 2023

"PENGORBANANNYA LANGSUNG TIDAK DIHARGAI" - IBU SYAMSUL YUSOF SOKONG PUTERI SARAH MINTA 'DILEPASKAN'



"Puteri Sarah Liyana berhak untuk bahagia sebagai isteri dan ibu yang melahirkan Syaikhul dan Sumayyah kerana pengorbanannya langsung tidak dihargai.


"Kebahagiaannya telah dirampas dengan kejam oleh mereka. Dia ditinggalkan terkapai-kapai menguruskan anak-anak yang sedang membesar. Adilkah semua ini?"

Demikianlaha kata ibu kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail yang dilihat memberikan sokongan terhadap apa jua keputusan yang boleh memberi kebahagiaan kepada menantunya, pelakon Pueri Sarah.

Patimah menulis luahannya itu menerusi ruangan komen di hantaran terbaharu yang dimuat naik oleh Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, pada Selasa.

Klik untuk gambar besar



Puteri Sarah yang sebelum ini meluahkan hasrat dimana dia meminta Syamsul untuk 'melepaskannya' segera (menamatkan perkahwinannya) kerana dia tidak rela hidup bermadu.

Menurut Sarah, sehingga kini Syamsul masih mendiamkan diri dan tidak berbincang menyelesaikan isu yang sedang hangat diperkatakan ini. Kenyataan Puteri sarah itu menerima sokongan ramai.

Sementara itu, rakan artis iaitu Lufya Omar turut memberikan sokongan dan meminta Sarah menghentikan kemelut rumah tangga mereka dan berhak untuk hidup lebih tenang. Tambah Lufya, dia tidak mahu melihat Sarah dan anak-anaknya menjadi bahan fitnah dan berhenti melayan segala drama.

"Hentikan semua ini Sarah. Jangan layan 'drama' ini lagi. Awak dan anak-anak bukan mainan media. Hidup dengan tenang dan fokus rangka masa depan anak-anak.

"Biarkan mereka dalam dunia yang sementara ini. Tak mahu lihat awak dan anak-anak jadi bahan fitnah lagi. Terima ketentuan yang telah ditakdirkan ini," tuturnya.

Untuk mkluman, Syamsul dan Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: