10 January 2023

"SETAKAT INI BELUM ADA APA-APA LAGI (BELUM HAMIL)" - NAJWA LATIF MOHON DOA YANG BAIK-BAIK



"Insya-Allah... doakan yang baik-baik, setakat ini belum ada apa-apa lagi," itulah kata penyanyi Najwa Latif yang menjelaskan dia masih belum hamil lagi meskipun sudah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, penyanyi rap Akwa Ariffin.


Dalam pada itu, Najwa atau nama sebenarnya Imratul Najwa Latif, 28, mengakui kehidupannya kini lebih selesa selepas bergelar pensyarah dan tidak mahu mengejar populariti sebagai seorang artis. Kata Najwa, menyanyi bukan lagi keutamaannya dan fokus kini sebagai seorang pendidik.

"Untuk tahun ini saya memang sibuk dengan mengajar dan kelas pun sudah bermula, karier nyanyian pula ada keluarkan single bersama suami berjudul Sudi.

Klik untuk gambar besar



"Perancangan saya tahun ini hanya keluarkan karya lagu untuk peminat yang sudi mendengar, kalau nak bercakap mengenai menonjol atau tidak tu sebenarnya saya sendiri rasa yang saya ni biasa-biasa saja tapi kalau ada rezeki untuk menonjol alhamdulilah.

"Orang kenal saya yang saya ni lebih utamakan pelajaran dan kerjaya sebagai seorang pensyarah jadi saya utamakan itu dahulu, nyanyian ini hanya sekadar hobi saja," ujar Najwa yang berkahwin dengan Akwa pada 11 November tahun lalu.







________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: