24 January 2023

"MAMA BETUL KE AYAH KAHWIN LAIN? SEBAB TU KE AYAH DAH LAMA TAK BALIK RUMAH?" - PUTERI SARAH TERKEDU NAK JAWAB SOALAN ANAK LELAKI



"Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul tanya saya 'Mama betul ke ayah kahwin lain?' Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? Macam mana nak jawab soalan budak umur enam tahun? Saya terkedu."


Itulah tulis pelakon Puteri Sarah Liyana yang terkedu apabila anak lelakinya, Syaikhul Islam tiba-tiba bertanya sama ada bapanya, Syamsul Yusof sudah berkahwin lain serta berkata adakah itu punca mengapa pengarah dan pelakon berkenaan sudah lama tidak pulang ke rumah.

Dek kerana itu, Puteri Sarah atau nama penuhnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, tidak tahu bagaimana untuk menjawab soalan anak sulungnya yang baharu berusia enam tahun ini.

Berkongsi perkara tersebut menerusi hantaran yang dimuat naik di Instastory, Puteri Sarah bertanya kepada suaminya bagaimana dia mahu menjawab soalan anak mereka yang masih tidak tahu apa-apa.

Klik untuk gambar besar



Soal Puteri Sarah lagi, adakah Syamsul pernah terfikir jawapan yang mahu diberikan kepada anak-anak mereka sekiranya perkara itu dibangkitkan suatu hari nanti.

"Jadi kepada lelaki-lelaki yang pentingkan diri sendiri tu, isteri nak kena jawab apa dekat anak kecil ni? Pernah tak kamu terfikir satu hari nanti nak jawab apa dekat anak? Tidak!

"Kamu hanya fikir tentang nafsu, ikut kepala kamu sahaja. Ada terfikir tak kahwin lari dekat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?," ujarnya.

Sementara itu, Sarah turut menitip pesan kepada kaum lelaki yang memperjuangkan poligami untuk belajar semula agama Islam untuk memikirkan kesan dan akibatnya.

"Lelaki-lelaki di luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama Islam ya dan fikir apa akibatnya," tuturnya.

Sebelum ini, kemelut rumah tangga Puteri Sarah hangat diperkatakan selepas Syamsul membuat kejutan apabila mengumumkan bahawa dirinya telah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand dan berwakil walikan ayahnya, pelakon Kazar Saisi.

Susulan daripada pendedahan itu, Puteri Sarah memfailkan permohonan cerai pada pada 16 Januari lalu. Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menetapkan 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes bagi permohonan cerai berkenaan.

Untuk makluman, Puteri Sarah mendirikan rumah tangga bersama Syamsul pada 8 Mac 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 4.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: