24 January 2023

RASA TERUJA HILANG, SISSY IMANN BATAL LANCAR ALBUM RAKAM DI LONDON - BAPA BERI KATA SOKONGAN: "KAMU TETAP TERBAIK UNTUK SAYA"



"2/2/2023 adalah hari yang sepatutnya Sissy lancarkan barangan koleksi rasmi untuk album yang Sissy rakamkan di Studio Abbey Road, London, tahun lepas. Album fizikal sudah siap dicetak dan ketika ini, kami sedang menyiapkan mug, baju T dan beberapa barangan koleksi lain.


"Kita juga bercadang untuk mengumpulkan rakan-rakan media dan rakan baik ke majlis sidang media untuk berkongsi butiran album yang Sissy hasilkan dengan penuh kasih sayang ini.

"Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya Sissy dengan perancangan yang sudah disusun. Namun, kegembiraan ini mungkin sudah lenyap sekarang. Pagi tadi bangun, bila nampak album ini, Sissy rasa tak boleh nak pandang," tulis penyanyi Sissy Imann, 28, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Mengiringi keterangan gambar itu adalah foto yang memaparkan kotak berisi cakera padat album milik penyanyi yang mula mencipta nama menerusi lagu 'Mungkin Kamu' itu.

Klik untuk gambar besar



Tidak mahu luka di hati terus berdarah, Sissy berhasrat untuk menjual album itu dengan harga rendah dengan menganggapnya sebagai jualan amal. Kata Sissy, dia terpaksa meletakkan sedikit harga untuk menampung kos penghasilan album berkenaan.

Menurut Sissy, bingkisan album itu dihasilkan menggunakan wang titik peluhnya sendiri selama 10 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air.

"Asalnya Sissy nak jual dengan harga RM50. Itu pun tak pulang modal, apatah lagi, nak bawa keuntungan. Album ni memang menelan banyak kos dan semuanya Sissy tanggung sendiri hasil duit titik peluh selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri.

"Tapi, bila memikirkan Sissy tak boleh pandang album ini tanpa ada rasa sedih, jadi Sissy mahu menjualnya dengan harga seperti derma sahaja iaitu bermula dengan harga RM20.



"Sissy juga nak minta maaf sebab kerana meletakkan sejumlah harga demi menampung sebahagian kos cetakan dan penghantaran. Jika kalian berminat boleh tekan pautan di ruangan bio IG Sissy. Terima kasih dan moga Allah merahmati anda semua," ungkapnya.

Dalam perkongsian lain di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya pada konsert minggu keenam Famili Duo itu mengecewakan ramai pihak sekali gus menganggap dirinya tidak lagi disayangi dalam bidang muzik.

Sementara itu, bapa kepada Sissy iaitu Mohammad Kamil Moustaff tampil memberi sokongan buat anak kesayangannya itu selepas penyanyi itu dilihat terlalu kecewa susulan menerima kritikan pedas Mas Idayu.



Bapa Sissy berkata, baik atau buruk, anaknya itu tetap antara yang terbaik di matanya sebagai seorang bapa: "Buruk atau baik, kamu tetap yang terbaik untuk saya," kata Kamil yang berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di instastory miliknya pada malam Ahad.

Dalam pada itu, Kamil turut menggunakan lagu 'Time After Time' nyanyian Cyndi Lauper sebagai lagu latar bagi hantaran tersebut. Difahamkan, bait-bait lirik lagu berkenaan seperti ingin memberikan kata-kata semangat buat anak perempuannya itu.

"Jika kamu sesat, kamu boleh mencari saya. Jika kamu jatuh, saya akan sambut dan menunggu kamu," tulisnya.



Sebelum ini, persembahan Sissy dan sepupunya, Naim Daniel pada minggu keenam, program realiti Famili Duo menerima kritikan pedas daripada juri tetap Mas Idayu yang menganggap mereka tidak membawakan lagu 'Jampi' nyanyian asal Hael Hussaini dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy atau nama sebenarnya Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik saja menerima kritikan berkenaan.

Kritikan pedas Mas Idayu pada persembahan Sissy itu turut mendapat pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya kurang bersetuju dengan cara kritikan juri tetap program realiti itu.





________ IKLAN ________

JUALAN PAYDAY 25 JANUARI. JOM BOOKING, & BAYAR KEMUDIAN.  - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan PAYDAY mulai 12 malam 25 Januari ini.

Anda boleh booking dulu hari ini barangan mahal yang dijual hanya RM25 sahaja. Barangan adalah terhad, sapa cepat dia dapat!!

Malah banyak tawaran lain disediakan termasuk hadiah hebat dan voucher istimewa.  










_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: