15 January 2023

"SAYA TAK BOLEH NAK SIMPAN HATI DEKAT PUTERI SARAH LAGI, NANTI TAKUT SYAMSUL MARAH" - ARIF IZO MOHON MAAF, HANYA IKUT TREND



"Saya cuma ikut trend sahaja, jadi saya buat video itu suka-suka. Saya tak boleh nak simpan hati dekat Puteri Sarah Liyana lagi nanti Syamsul Yusof marah.


"Sejujurnya saya tak sangka video itu akan viral, awalnya saya agak akan ada yang komen sebabnya isu rumah tangga mereka tengah diperkatakan tapi saya tak sangka ia akan dapat perhatian orang ramai sebegini.

"Secara terus terang saya takut sebenarnya. Takut sebab Puteri Sarah masih lagi isteri orang. Tapi sebelum saya buat video itu saya dah fikir terlebih dahulu dan bukan saya seorang yang buat jadi saya anggap ia sekadar konten sahaja.

"Benda-benda itu bukan bidang kuasa saya, saya serahkan kepada yang lebih berkuasa. Tapi saya minta maaf kalau video itu menyinggung mana-mana pihak, tapi tujuan saya buat video itu bukan untuk sakitkan hati mana-mana pihak bukan bagi orang benci saya hanya sekadar buat konten sahaja.

Klik untuk gambar besar



"Kita sebagai orang luar tidak tahu apa yang terjadi dengan rumah tangga mereka. Simpati memang simpati tapi saya buat sekadar konten dan tidak menyebelahi mana-mana pihak.

"Untuk Syamsul dan Puteri Sarah, saya doakan yang baik-baik buat mereka berdua harap semuanya akan baik. Tidak semestinya berpisah atau bersama itu sesuatu yang buruk. Harapnya mereka buat keputusan yang baik untuk rumah tangga mereka."

Itulah jelas pemuda bernama Arif Izo berhubung tindakan beraninya menawarkan diri untuk berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana sehingga menarik perhatian netizen di media sosial.



Kata Arif atau nama sebenarnya atau Nik Mohd Arif, 26, dia juga sama sekali tidak menyimpan perasaan terhadap isteri pengarah dan pelakon Syamsul Yusof itu.

Bagaimanapun, Arif yang juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kizo ini mengakui sedikit bimbang sekiranya Syamsul memandang serius mengenai video itu dan mahu menemuinya.

Mengulas mengenai sokongan orang ramai yang merestui hubungannya dengan Sarah, Arif menganggap ia sekadar usikan netizen, namun menyerahkan perkara itu kepada Allah SWT.

Dalam masa sama, Arif yang juga merupakan anak Izo gitaris XPDC itu tampil memohon maaf sekiranya video yang tular itu tidak disenangi oleh segelintir pihak.


________ IKLAN ________

JUALAN TERBESAR 1.1 TAHUN BARU 2023.. - - Dapatkan pelbagai barangan dengan potongan diskaun KAW KAW dalam jualan 1.1. Tahun baru 2023 mulai 12 malam ini. Jangan terlepas tawaran gilang gemilang yang hanya muncul setahun sekali.












_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: