07 February 2023

AKUR TIADA REZEKI JUARA, MESKIPUN BERHABIS RM150,000 UNTUK FAMILI DUO - AYDA JEBAT UMUM TAK AKAN SERTAI PERTANDINGAN REALITI MINGGUAN



"Sepanjang lapan minggu bertanding, kos keseluruhan yang saya keluarkan sudah melebihi RM150,000. Tapi tiada rezeki kami untuk bergelar juara," demikian kata penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat, 31, yang akur tiada rezeki untuknya dan adik, Fyna Jebat, 30, untuk bergelar juara program realiti, Famili Duo.


Merangkul tempat naib juara program realiti, Ayda mendedahkan kos keseluruhan dikeluarkan untuk mereka bertanding dalam program itu melebihi RM150,000.

Mengulas mengenai jumlah kos yang dikeluarkan tidak berbaloi, Ayda berkata, dia tetap berpuas hati kerana dapat memberikan yang terbaik.

"Kapal terbang, sarkas, tapak pembinaan, konsert rock dan macam-macam lagi… Semua sudah kami tonjolkan setiap minggu. Menghitung semula kos yang saya keluarkan sendiri, secara kontra ia tidak berbaloi dari semua segi, termasuklah soal usaha, kreativiti, masa, tenaga dan sebagainya.

"Tapi saya gembira kerana sebagai penyanyi, saya puas dapat menghiburkan orang ramai. Saya sudah berikan terbaik untuk peminat. Cuma mungkin saya perlu fikirkan soal 'practicality'.

Klik untuk gambar besar



"Sudah menjadi adat pertandingan, ada menang, ada yang kalah tetapi pengalaman yang ditimba tak boleh saya beli di tempat lain. Rezeki sudah tertulis setakat naib juara, Insya-Allah ada yang lebih baik selepas ini," ujarnya.

Dalam pada itu, Ayda turut mengumumkan setakat ini, dia tidak mahu menyertai mana-mana pertandingan hiburan berkonsepkan realiti sejurus tamat Famili Duo, malam Ahad lalu.

Bagaimanapun, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, masih terbuka untuk terlibat dalam sebarang pertandingan yang tidak memerlukan komitmen mingguan.

"Rasanya kalau pertandingan berbentuk realiti, saya tak akan sertai lagi. Saya beritahu jujur. Sebenarnya masa, energi dan kreativiti itu kita tak boleh nak... Macam mana nak cakap ya.

"Saya rasa sudah cukuplah. Maksud saya, yang berbentuk realiti. Kalau Anugerah Juara Lagu itu lain, insyaAllah. Yang bukan perlukan komitmen pada tiap-tiap minggu," jelasnya.

Ditanya sama ada dia turut berkongsi hal tersebut dengan suami, Nabil Mahir yang banyak memberi sokongan terhadap kerjaya seninya sebelum ini, jawab Ayda;

"Saya tidak beritahunya lagi (mengenai keputusan tersebut). Tapi saya rasa dia mengenali saya seorang yang bagaimana. Cukuplah setakat ini. Tidaklah serik... tapi buat masa sekarang biarlah saya beri fokus terhadap perkara lain pula selepas ini," katanya.

Dalam saingan malam kemuncak Famili Duo musim kedua yang bersiaran secara langsung dari Sri Pentas 2, Shah Alam, pasangan adik-beradik, Yamani Abdillah dan Zaki Yamani muncul juara sekaligus membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Pasangan The Jebats (adik-beradik), Ayda dan Fyna dinobat sebagai naib juara dan membawa pulang RM20,000. Tempat ketiga dan keempat pula masing-masing disandang oleh duo Bella Astillah dan Wany Kayrie (sepupu) serta Naim Daniel dan Sissy Imann (sepupu).


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: