"Asalamualaikum, saya tak pernah kata pada Anju kalau tak turun 55 kilogram saya tak nak kahwin. Anju dah kata dia hanya bergurau isu ini tak sangka jadi viral.
"Anju ada post di media dia bergurau, tak sangka isu melarat. Anju dah minta maaf pada saya, saya dah nasihat dia jangan main tulis macam itu. Saya tanya Anju, awak tak rasa bersalah ke awak tulis main-main tapi netizen sumpah seranah bakal suami awak?
"Jadi dia menyesal sebab isu berat badan ini," itulah ujar Datuk Seri Khazrul Elzey yang menjawab pertanyaan daripada netizen berhubung perkongsian pelakon Zarina Anjoulie yang sebelum ini bersoloroh mengenai berat badan.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran tersebut, Khazrul Elzey menjelaskan, bukan berat badan menjadi masalah dalam perhubungan mereka. Menurutnya, dia tidak pernah meminta Zarina atau lebih mesra disapa Anju untuk menurunkan berat badan jika mahu berkahwin.
Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai hubungan Anju dengan tunangnya selepas Khazrul Elzey berkongsi hantaran dimana dia seolah memberi bayangan mengenai ikatan pertunangan mereka yang didakwa putus.
Menerusi perkongsian di TikTok Story, Khazrul Elzey meluahkan dia bukan orang yang baik serta berharap dia dan Anju akan terus bersahabat.
Jelasnya lagi, dia menerima Anju seadanya dan bukan isu berat badan menjadi masalah, namun ada perkara lain perlu diselesaikan. Kata Khazrul, isu berat badan itu telah pun dipadam oleh Anju, bagaimanapun ia sudah terlambat apabila ianya tular di media sosial.
"Jadi, bukanlah isu berat yang jadi masalah pada kami. Saya tak kisah pun kalau dia gemuk saya tetap sayang, cuma ada perkara lain yang kami kena lalui.
"Anju terus padam artikel isu berat badan dalam telefon dia depan saya, cuma Anju tak dapat padam media bila media dah viral, dia menyesal. Saya tak boleh cakap apa-apa kerana saya tak nak orang salah anggap pada kami. Biar kami cuba selesaikan masalah ini," jelasnya.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment