07 February 2023

SHILA AMZAH & UBAI SAH BERCINTA, MULA BERPUTIK KERANA SKUTER: "AHLI KELUARGA OKEY... KALIAN JANGAN CAKAP TAK DIRESTUI ATAU APA-APA"



"Saya sudah mengenali Shila sejak tahun 2011, tapi hubungan kami bertambah akrab sekitar 2014. Namun sejak tahun lepas hubungan kami menjadi semakin rapat selepas dia mengalami fasa sukar dalam hidupnya (bercerai).


"Sebagai kawan saya sentiasa mahu yang terbaik untuk Shila dan ada disampingnya saat dia memerlukan peneman untuk meluahkan segala ujian yang dilalui. Tak sangka hubungan itu lama-kelamaan menjadi semakin serius dan semalam dia berkongsi mengenai hubungan kami ketika siaran langsung di TikTok."

Demikianlah jelas pempengaruh TikTok, Ubai yang mengesahkan sedang menjalin hubungan istimewa dengan Shila Amzah sejak tahun lalu selepas penyanyi itu disahkan bercerai dengan bekas suaminya.

Menurut Ubai atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, pendedahan dibuat Shila pada sesi siaran langsung di TikTok adalah secara spontan selepas 'diasak' oleh peminat dan disaksikan lebih 13 ribu pengikut.

Klik untuk gambar besar

"Kami memang tidak berniat nak bercerita mengenai hubungan kami semalam. Tapi entah macam mana, tiba-tiba Shila berkongsi mengenai perkenalan dan status hubungan kami.

"Sebenarnya siaran langsung itu dibuat sekadar suka-suka saja sementara tunggu Shila bersiap untuk keluar bermain badminton bersama. Walaupun semalam saya tak banyak cakap tapi dia adalah teman istimewa saya dan kami selesa berkawan.

"Malah kami banyak berkongsi persamaan. Buat masa ini, saya belum membawa Shila bertemu ahli keluarga lagi, tapi Alhamdulillah famili saya okey dengan perhubungan ini," tuturnya.

Spekulasi hubungan cinta Shila dan Ubai akhirnya terjawab apabila mereka tampil memberi penjelasan. Menerusi sesi siaran langsung dalam akaun TikTok pula, Ubai mengakui dia mula menyukai Shila sejak berusia 13 tahun sebagai peminat.



"Saya suka dekat Shila sejak tingkatan satu pada 2011. Saya 'follow' Shila di Twitter. Dipendekkan cerita, saya mula mendekati Shila pada ketika berada di fasa sangat-sangat bawah.

"Masa itu, Shila baru bercerai dan tiada siapa-siapa. Waktu itu, Shila menangis dalam live TikTok. Saya rasa 'budak ni sakit', jadi saya mendekatinya. Saya sentiasa ada untuknya ketika susah dan sedih. Begitu juga saya sering menenangkan Shila," katanya.

Semalam, Shila dan Ubai mendedahkan mengenai status hubungan dan perkenalan mereka yang selama ini menjadi teka-teki. Malah menerusi siaran langsung itu, Shila beberapa kali dilihat memanggil Ubai dengan panggilan sayang.



Sementara itu, Shila nama sebenarnya Nur Shahila Amir Amzah, 33, berharap, orang luar tidak perlu khuatir mengenai hubungan istimewa mereka kerana dia sudah mampu melakukan keputusan sendiri.

"Ahli keluarga termasuk adik-beradik lain semua okey dengan dia. Kalian jangan cakap tak direstui atau apa-apa. Mungkin hubungan yang sebelum ini ada sebabnya kenapa mereka (ahli keluarga) tak suka. Tapi semuanya sudah berbeza sekarang. Saya sudah mampu urus dan membuat keputusan sendiri. Jadi jangan risau," jelasnya.

Mengenai perbezaan jarak umur, Shila berkata, dia bukan suatu faktor penting kerana pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki lebih berusia, namun tidak berpanjangan.

"Sebenarnya Ubai masih muda, tetapi bekas kekasih saya muda juga. Jadi, saya okay mungkin bukan faktor usia kerana saya pernah cuba dengan seseorang lebih tua, tetapi tidak boleh.

"Sudah lama selesa dengan Ubai. Suatu hari ada sesuatu berlaku menyebabkan saya terfikir. Alkisahnya, cinta kami bermula dengan skuter. Jadi, di situlah kisahnya, jadi doakan yag baik-baik," ujar Shila sebelum menamatkan sesi live.

Sebelum ini, timbul pelbagai spekulasi mengenai perhubungan Shila dan Ubai yang dilihat sangat akrab dalam sosial media sebagai seorang rakan baik.

Bahkan pemenang ketiga Gegar Vaganza musim kesembilan itu juga tertangkap 'kantoi' menyapa Ubai dengan panggilan 'Yang' bermaksud 'Sayang' semasa satu sesi siaran langsung TikTok bersama.

Untuk makluman, Shila bercerai talak satu dengan Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.


________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: