05 February 2023

AL-FATIHAH - JULIE SUDIRO KEMBALI KE RAHMATULLAH



Pada jam 9.30 malam tadi, penyanyi veteran, Datin Paduka Julie Sudiro atau nama sebenarnya Raden Juariah Raden Sudiro, 80, yang menerima rawatan di Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam, Selangor sejak 9 Januari lalu, dilaporkan telah meninggal dunia akibat masalah paru-paru.


Berita sedih itu dikongsikan Presiden Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez ketika dihubungi.

"Sebelum ini arwah ada menunjukkan tanda-tanda positif tapi tiba-tiba keadaannya tenat dan mengembuskan nafas terakhir sekitar jam 9.30 malam tadi. Pemergian Julie adalah satu kejutan buat seluruh penggiat seni. Semoga rohnya dicucuri rahmat," katanya.

Berita pemergiannya turut disahkan sendiri oleh anak lelakinya, Rindra Soliana. Sementara itu, anak bongsu Allahyarhamah Julie iaitu Jose Irmanto Sudiro Soliano, 45, ketika dihubungi itu bagaimanapun belum bersedia untuk memberikan sebarang kenyataan.

Klik untuk gambar besar



"Bukan sekarang. Hubungi saya nanti," ujarnya ringkas menerusi kiriman WhatsApp.

Allahyarham dimasukkan ke hospital berkenaan sejak 9 Januari lalu dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan ekoran masalah paru-paru.

Namun pada 15 Januari lalu, kesihatan Julie dilaporkan semakin stabil meskipun masih memerlukan bantuan pernafasan akibat paras oksigen menurun.

Dua tahun lalu, media turut melaporkan Julie menjalani hidup dengan tenang sebagai guru mengaji. Antara mereka yang menjadi anak murid penyanyi yang terkenal menerusi lagu jazz dan keroncong sejak 1960-an itu Allahyarham Seniwati Mariani, Shasha, Dian P Ramlee dan ramai lagi.

Julie dilahirkan pada 26 Februari 1945 di Segamat Johor namun dibesarkan di Singapura. Allahyarham mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Tony Soliano yang juga merupakan pemuzik jazz. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Rindra dan Jose Irmanto.

Untuk makluman, sepanjang kariernya sebagai penyanyi, Julie pernah popular menerusi lagu 'Be Good To Me', 'Lambaian Kanda', 'Seruling Malam', 'Miang Keladi' dan 'Gambar Kenangan'.

Allahyarham juga pernah merakamkan album duet bersama rakan baiknya, Kartina Dahari dan pernah popular menerusi lagu seperti 'Cincin Kenangan', 'Marilah Bergembira', 'Burung Nuri' dan 'Pulau Harapan'.


________ IKLAN ________

WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...


LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!





_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: