"This is happening to my mother and my sisters. Bapak aku kahwin dua boleh, pergi bercuti ke Vienna this january boleh but bayar nafkah tak reti. I'm f*ckin sick of this bullshit.
"Now my mom has to fight for nafkah in court," itulah tulis anak tiri kepada pelakon Miera Leyana yang meluahkan rasa kecewa dengan bapanya.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Twitter, gadis bernama Izzah itu mempersoalkan bapanya yang mampu bercuti ke luar negara namun didakwa tidak membayar nafkah.
Ujarnya, disebabkan tindakan bapanya itu, ibunya kini sedang mendapatkan keadilan melalui proses perundangan untuk tuntutan nafkah dan hak anak-anak.
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Izzah turut meluahkan rasa kesal dengan sikap bapanya yang 'playing victim' dan sering memberikan alasan.
Katanya lagi, dia hanya mahukan keadilan buat ibunya yang sudah melalui macam-macam kerana bapanya, selain meminta orang ramai mendoakan buat ibu serta adik-beradiknya.
Nama Miera Leyana baru-baru ini menjadi perhatian apabila rumah tangga madunya, Adibah Abdul Mutalib bersama suaminya, Rosland Othman gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai.
________ IKLAN ________
JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.
Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.
Selain itu, banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment