04 February 2023

ISTERI RAJA AFIQ TERIMA KECAMAN DEK TAMPIL TANPA BERHIJAB: "SUAMI SAYA ADA MENEGUR TAPI DIA TAK PAKSA..."



Pelakon Raja Afiq baru-baru ini telah memuat naik video di TikTok. Perkongsian video tersebut bagaimanapun tular selepas isteri Raja Afiq iaitu Soffwany Yusoff dikecam teruk netizen gara-gara dilaporkan sudah tidak mengenakan hijab.


Nama Soffwany menjadi bualan hangat netizen apabila melihat dia tidak mengenakan tudung ketika sedang berjalan dengan suaminya di kawasan parkir. Perubahan itu secara tidak langsung menimbulkan tanda tanya adakah Soffwany masih berhijab atau sebaliknya.

Soffwany yang juga aktif sebagai penyanyi itu berkata, isu tidak berhijab bukan satu perkara baru memandangkan dia belum sepenuhnya menutup aurat.

Klik untuk gambar besar



"Suami ada menegur saya mengenai isu ini tapi dia tak paksa saya untuk berhijab sepenuhnya. Cuma dia nasihatkan agar saya perlahan-lahan berubah ke arah kebaikan dan ikhlas melakukannya.

"Suami ada beritahu mengenai video yang dimuat naiknya tular dan menerima banyak komen. Tapi saya tak baca dan ambil tahu mengenai komen yang ditinggalkan.

"Bagi yang mengenali saya daripada zaman saya tular sebagai kakak polis viral, malah sebelum saya berkawan dan berkahwin dengan Raja Afiq, mereka akan tahu saya tidak berhijab dalam hantaran gambar atau video di media sosial saya. Jadi ia bukan perkara baru.



"Saya tak terkesan pun dengan kecaman yang dilemparkan sebab saya memang tak tahu apa komen-komen itu," ujarnya yang juga seorang anggota polis.

Menurut Soffwany lagi, dia yakin setiap kecaman yang diberikan netizen pasti ingin melihat dirinya ke arah kebaikan dan berharap orang ramai dapat mendoakan dirinya.

"Saya faham bila orang kecam sebenarnya untuk perkara yang baik. Jadi saya minta orang ramai doakan yang baik-baik untuk saya serta lebih istiqamah selepas ini," katanya.



________ IKLAN ________

NEW HOT ARRIVAL TUDUNG BAWAL LAZY/INSTANT BAWAL LAZY TRAVEL MOSSCREPE BIDANG 45" 

Siap jahit bahagian dagu dan ada 20 pilihan Warna yang menarik. Tudung bawal yang sangat mudah digayakan kerana kainnya yang sejuk terletak dan selesa dipakai. Material tidak jarang dan tidak pekakkan telinga, malah ia sesuai dipakai secara casual ataupun cara lain.  

MAKLUMAT:
Material: Mosscrepe Premium
Bawal Mosscrepe Premium High Quality
Size: Bidang 45"


PENGUKURAN:
Labuh dari dagu ke bawah :+-22 inc
Labuh dari atas awning ke belakang :+-30 inc

100% Authentic guarantee (asli) daripada Shopee atau wang dikembalikan.

Beli kat sini :
KLIK DISINI ATAU GAMBAR UNTUK BELI









_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: