Meskipun nama Sophia AlBarakbah hangat diperkatakan, namun kecantikan pelakon berdarah kacukan itu menerima pujian ramai. Lebih menarik perhatian apabila Sophia tidak hanya memiliki paras rupa yang cantik tetapi merupakan graduan Diploma Bioteknologi dari sebuah universiti swasta. Orang kata 'beauty with brain'.
Gadis berusia 30 tahun itu kemudian mengambil jurusan dietetik namun mempunyai impian bekerja sebagai veterinar kerana sangat sukakan haiwan.
"Ibu saya orang Cina, ayah pula Arab-Melayu. Datuk saya asal dari Yemen dan ibu bapa mereka datang dari Yemen dan Persia. Nenek saya orang Malaysia. Dari Kelantan.
Klik untuk gambar besar
"Saya belajar bioteknologi dan selepas itu, saya belajar bidang dietetik. Diploma bioteknologi dan lepas itu, saya buat latihan amali selama tiga bulan untuk bidang itu.
"Kemudian, saya sedar yang saya suka belajar bidang itu (bioteknologi) tapi tak suka nak kerja dalam industri tersebut. Sebab kebanyakan masa saya habiskan masa dalam makmal. Agak membosankanlah dalam 'lab'.
"Sebenarnya nak jadi veterinar sebab saya suka haiwan. Tapi, ibu tak bagi. Dia tak suka haiwan sangat. Jadi, saya macam 'okay fine'. Nak jadi doktor tapi ibu pun tak suka. Nanti tengok darah lah, orang mati lah.
"Saya pun macam 'yelah okey'. Jadi, saya pun ambil jurusan dietetik sekurang-kurangnya bidang perubatan juga (sikit)," ujar pelakon Sophia AlBarakbah yang berkata dia dibesarkan dengan latar belakang bangsa dan budaya yang berbeza-beza.
Sejak minggu ini, nama Sophia menjadi panas selepas dia merupakan pelakon wanita yang dimaksudkan Bella Astillah sebagai pengacau rumah tangga penyanyi itu.
Isnin lalu, Bella mendedahkan heroin sebuah drama mengakui menyukai suaminya, Aliff Aziz selepas mereka bergandingan dalam sebuah naskhah.
________ IKLAN ________
Terbukti berkesan apabila ramai yang guna kata wangi, mudah serap dan mampu merawat kulit dalam masa singkat untuk lebih halus dan cerah. Nak beli kat store pun kadangkala habis takda stock. Semuanya gara-gara racun tik tok.
Bagi yang bertunang atau nak mendirikan rumah tangga, elok cuba guna ni untuk hari bahagia. Tak mahal, murah je kerana harganya mampu milik.
Beli kat offical store je..!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment