Suami pelakon Miera Liyana iaitu Rosland Othman dengan isteri pertamanya, Adibah Abdul Mutalib gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dalam rumah tangga mereka.
Memetik MalaysiaKini, peguam syarie Adibah, Khairul Anwar Rahmat, berkata proses dengan isteri pertama semalam tidak mencapai kata sepakat untuk kedua-dua berbaik.
"Cubaan mencari jalan tengah untuk berdamai melalui proses sulh hari ini gagal. Justeru, kami berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
Difahamkan, isteri pertama Rosland telah menuntut untuk menyelesaikan tuntutan nafkah dia dan hak anak-anak yang tidak dilunaskan oleh suaminya itu selama lebih setahun. Malah, Rosland dilapor telah menyekat panggilan telefon dan aplikasi pesanan ringkas sejak September 2021.
"Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya. Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
"Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama," katanya.
Sementara itu, Adibah mendakwa Rosland tidak lagi melayannya seperti seorang isteri sejak lelaki terbabit berkahwin dua dengan Miera pada 2020. Katanya Rosland hanya memberikan nafkah pada anak-anak mereka sekiranya dituntut.
"Dia melayan kami seperti sebuah perniagaan yang memerlukan resit, baru boleh tuntut," tuturnya
Susulan kegagalan proses sulh itu, mahkamah menetapkan perbicaraan dijalankan pada 2 Mac ini.
________ IKLAN ________
WOW... Domino X'tra Large Pizza hanya RM29.90...!! Ayuh dapatkan tawaran hebat di Domino's Pizza dimana ia menawarkan Domino X'tra Large Pizza yang hanya RM29.90 sahaja...
LINDUNG DIRI, LINDUNG SEMUA!
_______ IKLAN _________
________________________
No comments:
Post a Comment