04 February 2023

SUNTING NO PLAT DISALAH ANGGAP - AMIR RAJA LAWAK MOHON MAAF



"Assalamualaikum. Saya rasa lepas saya 'post' gambar bersama kereta tadi, ada salah faham sebab orang anggap nombor saya dua angka itu. Sebenarnya ini nombor saya yang betul iaitu AME1219. Nombor 19 yang belakang itu tarikh lahir saya. Gambar penuh plat saya tadi, saya 'edit'.


"Dengan ini saya minta maaf juga banyak-banyak kepada pemilik nombor plat AME12," demikian kata pelawak Amir Raja Lawak, 34, yang tampil memohon maaf kerana mengelirukan ramai dengan nombor pendaftaran kereta baharunya yang disunting dalam hantaran gambar terdahulunya.

Jelas Amir, nombor pendaftaran sebenar keretanya adalah AME1219 dan bukannya AME12. Dia juga berharap pemilik sebenar nombor pendaftaran kereta itu turut memaafkannya.

Klik untuk gambar besar



Semalam, Amir telah berkongsi kegembiraan dimana dia berjaya memiliki kereta baharu jenis Perodua Alza hasil titik peluhnya dalam perniagaan dan industri seni.

Dia turut memuat naik gambarnya bersama kenderaan tersebut dengan menyunting nombor pendaftaran. Namun Amir telah memaklumkan awal-awal dalam posting sebelum ini, bahawa dia telah menyunting no plat keretanya itu.



"Edit : plat saya empat angka, saya edit tutup belakang lagi dua angka sebab tak anak tunjuk nombor penuh.

"Assalamualaikum. Alhamdulillah,syukur rezeki pembukaan tahun 2023. Terima kasih yang sokong saya beli air jagung dan kongsi rezeki shooting dengan saya, ini adalah hasil dari anda yang ikhlas sokong dan percaya dengan saya.

"Didoakan semoga kita semua dilimpahkan rezeki, sihat selalu, disembuhkan sebarang penyakit dan terus sukses, aamiin ya mujib. Terima kasih banyak-banyak semua ye," tulisnya sebelum ini.



________ IKLAN ________

JUALAN JIMAT GILER 2.2. - - Ayuh dapatkan pelbagai tawaran hebat di Shopee sempena jualan JIMAT GILER 2.2 (2 Februari 2023) ini.

Pelbagai barangan dijual dengan harga giler termasuk pemberian diskaun dan voucher yang tak masuk akal.

Selain itu,  banyak hadiah hebat dan cabutan bertuah menanti anda.








_______ IKLAN _________


         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: